TERKINI :

Friday, January 8, 2016

Ini pentingnya bila ada Kuasa, tak payah nak nasihat lagi.. beri sahaja arahan rakyat akan patuh..!!

Turki keluar arahan henti bekerja waktu solat Jumaat


Perdana Menteri Turki telah menyebarkan surat edaran yang berisi bahawa waktu solat Jumaat adalah waktu berhenti bekerja bagi pegawai kerajaan dan bukan kerajaan, demikian lapor Miliyyet dipetik oleh Turkey Post, Selasa (6 Jan).

Sebagaimana dinyatakan dalam surat edaran tersebut bahawa seluruh kerja berhenti ketika solat Jumaat dilaksanakan dan mula kembali selepas pelaksanaannya.

Dan pihak kerajaan akan menentukan waktunya yang disesuaikan dengan perubahan waktu solat dan perbezaan di wilayah masing-masing. (Eramuslim)
-harakahdaily-

Jika isu BAUXITE di Selangor & Penang tentu Azmin Ali jadi satay Kajang.. Guan Eng jadi Pasemboq..!!


1. 15 ribu laporan polis dah kena buat oleh "NGO"

2. TV3 buat special report bertajuk “Nelayan hilang punca pendapatan. Mangsa kerakusan kerajaan pembangkang".

3. Ada agamawan keluarkan pendapat keagamaan kenapa rakyat perlu membantah.

4. Page di media sosial dah penuh dengan list nama, alamat dan number pemegang kepentingan dalam syarikat perlombongon.

5. MACC dah bukak 8 ribu kertas siasatan.

6.JAS dah keluar tender buat study EIA.

7.JPJ dah sita 500 lori.

8. Menteri dah posing atas jalanraya Kuantan, baju putih ditempek tanah merah keluar statement “Kerajaan memandang serius pekara ni.

Perpaduan UMNO & PAS ke arah perbalahan kaum

Percaturan politik tanpa polemik kaum mahupun agama adalah satu-satu cara membina sebuah negara maju tanpa sebarang insiden perbalahan.

Oleh David Marshel

pas_umno_malaysia_600
Sejak kebelakangan ini masyarakat Malaysia disaji dengan kebencian yang amat dahsyat antara kaum dan agama oleh kumpulan-kumpulan pelampau. Kononnya mereka adalah penyelamat bangsa dan agama. Kerajaan pula mengubal pelbagai akta yang mengerunkan masyarakat atas alasan keganasan walaupun Malaysia tidak pernah dikejutkan oleh penganas masa kini.

Perpaduan diertikan sebagai eratkan hubungan sesama bangsa mahupun agama tetapi kini UMNO mengambil kesempatan erti perpaduan untuk kepentingan politik.

Perpaduan ala UMNO dengan PAS jelas bukan semata-mata untuk eratkan hubungan bangsa malah ia lebih kepada mengekalkan kuasa politik – penyelamat UMNO yang semakin parah dek terhakisnya kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara. Maka idea perpaduan dicetuskan sejak beberapa tahun yang lalu. UMNO menafikan bahawa perpaduan yang ditaja oleh mereka bukan atas dasar kepentingan politik semata malah ia lebih kepada nasional.

Umum berpendapat agenda perpaduan perlu diutamakan berbanding integrasi kaum dan agama yang kini tercalar teruk akibat segelintir manusia yang terlalu ke arah pelampau, hinggakan pelbagai kritikan terhadap kaum atau agama dihamburkan secara terbuka. Tetapi parti pemerintah kerajaan pula lebih fokus kepada perpaduan politik atas nama bangsa dan agama.

Najib bakal kembungkan poket orang ramai

 najib-bajet2016-revised
Akhirnya Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pindaan bagi Bajet 2016 dalam tempoh terdekat dalam satu majlis di Putrajaya pada 8 Januari 2016.

Kita sangat mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri itu kerana semua orang bimbang dengan keadaan ekonomi domestik.

Sana sini orang mengeluh mengenai saiz poket mereka yang dirasakan semakin mengecut akibat ketidaktentuan ekonomi ini.

Biasalah, apabila berlaku keadaan ini, anak dan menantu kepada arwah Tun Abdul Razak Hussein yang akan menjadi sasaran orang poket mengecil ini.

Kita harap Presiden UMNO ini janganlah marah kerana kejatuhan harga minyak dunia mendatangkan implikasi amat besar kepada pendapatan ramai orang, dan tentu mereka mencari tempat untuk meluahkan rasa.

Perkembangan itu diburukkan lagi dengan kejatuhan harga komoditi lain serta pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat.

Bauksit mungkin ‘rezeki terpijak’ tapi orang lain merana

bauksit

KUANTAN - Keputusan Kabinet menghentikan aktiviti perlombongan bauksit selama tiga bulan mendapat reaksi positif penduduk yang terjejas.

Bagi penduduk di Felda Bukit Sagu, walaupun ladang mereka tidak terlibat dengan aktiviti perlombongan, namun kawasan mereka dijadikan tempat mencuci bauksit sebelum dihantar ke pelabuhan.

Syed Abu Bakar Syed Husin, 59, berkata, penduduk tidak menolak perlombongan bauksit, tetapi mahu pihak atasan memikirkan cara paling efektif agar mereka tidak terus terkesan dengan pencemaran dan isu keselamatan.

Menurutnya, dalam masa tiga bulan ini, kerajaan perlu membuat satu kajian terperinci serta penambahbaikan terhadap pengurusan bauksit bermula dari ladang sehinggalah ia dibawa ke pelabuhan.

“Perlombongan bauksit mungkin menjadi ‘rezeki terpijak’ peneroka yang dapat tingkatkan ekonomi Negeri Pahang. Tapi secara tidak langsung, membawa 1,001 masalah kepada penduduk, lebih-lebih lagi yang tiada kepentingan seperti kami ini.

Pas, Pakatan Harapan perlu saling menerima - Nik Omar Nik Abdul Aziz


KOTA BHARU - Pas tidak boleh bersendiri, sebaliknya perlu bergabung bersama Pakatan Harapan dalam menghadapi PRU14, kata Nik Omar Nik Abdul Aziz anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, sejarah membuktikan Pas tidak mampu memperoleh keputusan baik ketika bersendirian dalam menghadapi pilihan raya.

“Saya lebih suka kalau Pas bersama Pakatan Harapan dan ketiga-tiga parti (DAP, PKR, Parti Amanah Negara) perlu berjiwa besar untuk menerima Pas bersama Pakatan Harapan.

“Dari sudut politik lebih terjamin untuk peralihan kerajaan baru dalam PRU14. Pas pun tahu, kalau (bertanding) sendiri menerima risiko kalah dalam banyak kerusi,” katannya.

Nik Omar dalam masa yang sama turut menyarankan agar Pas menerima kehadiran Amanah kerana asas perjuangan parti itu sama iaitu menegakkkan Islam.

Sambil menegaskan kesetiaan beliau kepada Pas, anak kedua Nik Abdul Aziz itu berkata, Amanah dilahirkan daripada rahim yang sama.

“Pandangan ini yang menyebabkan orang melihat saya berbeza, saya bukan ahli Amanah, kalau Umno minta pergi ceramah saya pergi, itu kalau Umno, apatah lagi kalau rakan sendiri.

‘Urusniaga’ gaya 1MDB VS urusniaga Kerajaan Pulau Pinang

mykmu
Blogger pro-Umno baru-baru ini menyamakan urus niaga kerajaan Pulau Pinang dengan penjualan tanah oleh 1MDB kepada konsortium (http://www.malaysiakini.com/news/325589). Perbandingan ini tak lain untuk ‘menghalalkan’ penyelewengan oleh 1MDB. Ada beza yang sangat besar antara urus niaga yang menguntungkan rakyat dan penjualan tanah demi membayar hutang.

Penjualan tanah yang melibatkan perjanjian dengan syarikat asing bukan hal yang baru di Pulau Pinang. Urus niaga seperti itu sudah dijalankan sejak syarikat antarabangsa (MNC) pertama mula beroperasi di Bayan Lepas pada 1970.

Kerajaan negeri Johor merupakan contoh lain yang menjalankan urus niaga dengan syarikat asing untuk tujuan menggalakkan perkembangan ekonomi dan memberi manfaat kepada rakyat. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam temuramah (bit.ly/1O6HY7W) pada Mac 2015 menyatakan betapa Johor berpotensi tinggi dalam menarik pelaburan asing.

Urus niaga seumpama ini telah banyak menguntungkan negeri dengan menyediakan banyak pekerjaan. MNC membantu Industri Sederhana Kecil (SMI) dan Enterprise Sederhana Kecil (SME) untuk meluaskan pasaran ke peringkat global dan menyediakan lebih banyak peluang kerja. Pertumbuhan ini menyebabkan Pulau Pinang digelar “Silicon Valley of Malaysia”.

Teng jelaskan kenyataannya mengenai AMANAH disalah lapor oleh SINAR HARIAN

Ahli Exco Kanan Kerajaan Selangor Datuk Teng Chang Kim menafikan beliau telah membidas Parti Amanah Negara (AMANAH) berhubung agihan kerusi majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Satu laporan akhbar yang memetik beliau sebagai berkata AMANAH perlu bersyukur kerana diberi lapan kerusi PBT, jelas Teng, telah "disensasi dan disalah lapor".

Dalam catatan di Facebook malam tadi, Teng berkata jawapannya adalah untuk menggesa AMANAH menerima lapan kerusi majlis tempatan yang diperuntukkan buat masa ini oleh kerajaan negeri.

Katanya, pemintaan mereka untuk mendapatkan lebih banyak kerusi boleh dibincangkan pada penggal akan datang kerana tidak cukup masa untuk berbincang mengenainya sekarang.

Katanya, beliau menjawab dengan tenang dan diplomatik, dan bukan menjawabnya secara yang keras atau agresif.

Teng berkata demikian ketika mengulas laporan Sinar Harian dengan tajuk "Amanah patut bersyukur dapat lapan kerusi".

Putrajaya tak belajar daripada kesilapan lampau, Rafidah ulas isu bauksit

 Tan Sri Rafidah Aziz menyelar kerajaan kerana hanya bertindak apabila sesuatu projek sudah merosakkan alam sekitar pada tahap yang hampir tidak boleh diperbaiki melalui postingnya di Facebook. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Januari, 2016.
Kerajaan perlu meneliti kos dan faedah projek-projek yang memberi impak kepada alam sekitar sebelum memberi kelulusan, kata bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz, susulan bantahan terhadap perlombongan bauksit di Pahang yang menyebabkan pencemaran teruk.

Sudah menjadi kebiasaan, katanya kerajaan hanya bertindak apabila sesuatu projek sudah merosakkan alam sekitar pada tahap yang hampir tidak boleh diperbaiki, tulisnya di laman Facebook beliau hari ini.

"Kita perlu memikirkan secara terperinci kos dan faedah yang datang berserta mana-mana usaha, yang melibatkan eksploitasi alam sekitar," tulisnya.

"'Manfaat' jangka pendek, terutama kepada segelintir orang, tidak seharusnya mengatasi kos jangka panjang yang perlu ditanggung kita dan generasi selepas kita... kos yang tidak boleh dinilai dari segi kewangan."

PAS berdiri di mana sekarang?

KUALA LUMPUR, 6 Januari

pas_logo_L-1
Parti Amanah Negara (Amanah) berpendapat, keputusan Majlis Syura Ulamak PAS untuk tidak menyertai atau bergabung dengan Umno, menjadikan keadaan bertambah kusut dan tidak jelas.

Sehubungan itu, Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad mahu PAS membuat keputusan lebih tegas dan menyatakan pendirian sebenar parti Islam itu berhubung isu terbabit, bagi mengelakkan ahli akar umbi dan orang ramai terus keliru.

Ini kerana, jelasnya, dalam politik Islam, aspek penting yang perlu ditekankan ialah prinsip at-Tadaafuq (semak-imbang) yang wujud dalam bentuk persaingan dan ia berlaku ketika pilihan raya.
“Jadi, PAS berdiri di mana sekarang? Ini kerana, politik negara kita mengamalkan sistem pelbagai parti dan pilihan raya berkala, yang mana ia ada penyandang dan penentang.

“Kalau nak jadi pengadil atau penjaga garisan, maka PAS perlu berada di luar gelanggang.

Vape: Kedah ambil pendekatan 'tunggu dan lihat'

Vape: Kedah ambil pendekatan 'tunggu dan lihat'

ALOR SETAR - Kedah mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' sebelum membuat apa-apa keputusan berhubung penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Jelasnya, buat masa ini kerajaan negeri mahu melihat pendekatan yang diambil negeri lain dan membuat sedikit kajian sebelum membuat pengumuman dalam masa terdekat ini.

"Sekarang ini kita belum buat apa-apa ketetapan. Saya terima laporan soal kesihatan yang jadi asas kenapa Majlis Fatwa haramkan vape, jadi ini pun satu yang kita perlu pertimbangkan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 Nov lepas memutuskan hukum menghisap vape dan shisha adalah haram kerana akan menyebabkan berlaku kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam.

Boleh tahan jugak belit SINAH HARIAN ni... Lain yang disebut AMANAH Selangor, lain pula yang ditulisnya..

ULASAN GB


Boleh tahan jugak belit akhbar SINAH HARIAN ni. Lain yang disebut oleh AMANAH Selangor, lain pula yang dituliskan pada tajuknya sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada pimpinan Pakatan Harapan dan para pembacanya.

Seolah-olah AMANAH Selangor gila jawatan seperti PAS Selangor yang telah membuat kenyataan tidak mahu mengiktiraf kewujudan AMANAH.

Bila masa pula AMANAH Selangor menyatakan AMANAH tidak berpuashati dengan pembahagian kerusi PBT itu? Sedangkan di dalam kenyataan Pengerusi AMANAH Selangor JELAS sekali menyatakan "apa yang penting bukanlah bilangan kerusi PBT yang diperolehi Amanah tetapi memastikan Pakatan Harapan terus kukuh di Selangor."

Mungkin inilah akibatnya apaila kita tidak mempunyai lidah rasmi sendiri dan apabila mengharapkan pihak lain untuk menyiarkan berita untuk kita. Mujurlah ada portal baharu, Malaysia Dateline yang melaporkan berita yang sebenar untuk AMANAH.

Anak Bukit - Penduduk bantah kutipan cukai pintu pertama kali antara RM60 hingga lebih RM300 setahun

Penduduk bantah kutipan cukai pintu

ALOR SETAR - Lebih 200 penduduk Kampung Seberang Cegar, Anak Bukit kesal kerana dikenakan kutipan cukai pintu pertama kali antara RM60 hingga lebih RM300 setahun oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Kebanyakannya yang menetap di rumah pusaka berusia hampir 200 tahun itu turut meminta penjelasan dari pihak berkaitan.

Wakil penduduk, Fadzil Abu Bakar, 54, berkata, mereka hanya dimaklumkan mengenai kutipan itu beberapa hari lalu menerusi bil cukai pintu yang dihantar kepada setiap penduduk yang terlibat.

“Ini rumah pusaka tinggalan nenek moyang. Sejak lahir lagi memang kami menetap di sini dan tidak pernah dikenakan bayaran cukai pintu, cuma bayar cukai tanah RM20 setahun.

“Tiba-tiba kami dikenakan cukai pintu tanpa sebarang makluman awal atau perbincangan dari MBAS. Kutipan yang dibuat juga tidak setimpal dengan perkhidmatan,” katanya kepada media semalam.

Berikutan itu, hampir 20 wakil penduduk di Kampung Seberang Cegar berkumpul di pekarangan pejabat MBAS menyatakan bantahan selain mahu mendapatkan penjelasan.

Liga M: Baddrol Yakin Kemampuan Kedah

 
BINTANG Kedah Baddrol Bakhtiar yakin sembilan muka termasuk seorang penyerang dari Brazil memiliki kemampuan untuk mencabar mana-mana pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurutnya, keyakinan itu bersandarkan kemampuan rakan sepasukannya yang berjaya menjuarai Liga Premier musim lalu selain penambahbaikan yang dilakukan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

“Kehadiran penyerang baru dari Brazil Carlos Kahe, lima pemain daripada skuad Harimau Muda dan tiga pemain tempatan yang turut didaftarkan dalam skuad 25 pemain membuktikan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe telah melakukan perisapan rapi bagi menghadapi cabaran getir Liga Super 2016.

“Apa yang terbaik ialah kini kesemua pemain terpaksa memastikan mereka sentiasa berada pada tahap kecergasan dan prestasi terbaik.

“Tidak ada pemilihan secara automatik ataupun nama sahaja bakal menjamin kemampuan seorang pemain berada dalam kesebelasan utama. Tetapi kerja keras dan kesungguhan bakal menarik perhatian Tan,” katanya.

KULIM | Ayuh !! Marilah kita hulurkan bantuan kepada anak yang sakit jantung ini

Perlu RM60,000 kos rawatan anak

KULIM - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang menghidap sakit jantung di Kampung Syed Syeh dekat sini memerlukan dana RM60,000 untuk melakukan pembedahan segera.

Siapa pun tidak akan menyangka apabila melihat tindak tanduk, Nur Shazwin Mohd Noor yang aktif itu menanggung kesakitan sejak lahir.

Malah lebih malang ketua keluarga Mohd Noor Darus,47 yang selama ini menjadi tulang belakang kepada lima beranak itu telah pergi menyahut seruan ILLAHI pada Sabtu lalu akibat masalah usus.

Menurut ibu anak terbabit, Shukriah Abdullah,45,sejak dalam kandungan lagi Nur Shazwin telah disahkan doktor akan mempunyai komplikasi yang berkemungkinan berpunca daripada faktor usia.

“Saya mengandungkan Nur Shazwin ketika berumur 43 tahun, doktor juga sudah memberitahu selepas melahirkannya dia terpaksa ditahan di wad dahulu kerana ada komplikasi.

“Jadi jangkaan doktor itu benar, akhirnya anak saya disahkan mempunyai masalah jantung salah satu injap menjadi sempit dan perlukan pembedahan,” katanya.

Katanya walaupun Nur Shazwin telah pun melakukan pembedahan namun ia hanya untuk sementara dan memerlukan tindakan lanjut.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...