TERKINI :

Tuesday, January 5, 2016

Chegubard: 'Menyalak' terpancul kerana panik

Aktivis Badrul Hisham Shaharin berkata, reaksi Datuk Seri Azmin Ali, antaranya menggunakan perkataan “menyalak” kepada beliau, menunjukkan menteri besar Selangor itu mungkin panik.

“Namun saya faham ini kerana Azmin mungkin panik sebab tak sangka kertas MMKN (mesyuarat exco) boleh bocor dan terbukti dia berbohong bila menyebut syarikat yang dapat kawasan balak seperti saya dedahkan melalui tender terbuka,” katanya.

Azmin hari ini meminta Badrul mengemukakan bukti jika benar memiliki surat tender rundingan terus dalam projek pembalakan negeri seperti didakwa.

Azmin juga menggesa Badrul atau dikenali sebagai Chegubard tidak "menyalak" kepada pihak media tetapi membawa surat tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam Badrul mendakwa kerajaan Selangor berbohong mengenai tender pembalakan di dua bidang tanah melibatkan projek jajaran talian elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Chubadak dan Mahkota Cheras di Kuala Lumpur.

Beliau mendakwa mempunyai surat berstatus rahsia yang membuktikan dua syarikat dianugerahkan kontrak membalak secara rundingan terus dan bukan tender terbuka.

Dalam kenyataan petang ini, Badrul, bekas pemimpin pusat PKR, juga berkata teguran dalam mengurus tadbir kerajaan adalah proses demokrasi yang sama-sama diperjuangkan.

“Adakah Azmin sudah meninggalkan asas itu?” soalnya sambil berkata akan menjawab “penghinaan dan cabaran” Azmin dalam sidang media tengah hari esok di Seremban.

SUDAH TERBUKTI - #CARIDERMA LEBIH MUDAH UNTUK #TAMBAHPENDAPATAN

Shahbudin Husin, 

 
Selepas menimbulkan kontroversi dan kemudian mendapat perlekehan ramai berhubung kenyataannya menggalakkan rakyat melakukan dua kerja, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ahmad Maslan kini cuba mempromosi #tambahpendapatan pula.

Katanya, #tambahpendapatan dilihat merupakan pendekatan yang lebih positif dalam usaha membantu rakyat menangani beban kos sara hidup yang kian meningkat.

Saya sendiri ingin membantu rakyat menambah pendapatan dengan menggunakan tagline #tambahpendapatan dalam Twitter saya dan bagaimana agensi-agensi di bawah MITI boleh melaksanakan idea tersebut, kata Ahmad Maslan yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO.

Barangkali Ahmad Maslan berniat baik mahu membantu rakyat dalam menambah pendapatan, tetapi tentunya ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk mengorak langkah ke arah itu di ketika ekonomi begitu lembab, wang dalam poket semakin berkurang, peluang niaga terhad dan aset serta tanah negara satu persatu mulai dijual kepada negara asing?

Apa lagi yang boleh dilakukan oleh rakyat biasa untuk menambah pendapatan mereka? Apa lagi yang masih ada dalam negara untuk dikembangkan?

Dalam hal ini, apa kata Ahmad Maslan memperkenalkan program menggalakkan rakyat mencari dan mengutip derma dengan lebih agresif lagi?

Berdasarkan kejayaan Najib memperolehi derma sehingga RM2,600 juta, ia secara tidak langsung menunjukkan rakyat Malaysia berpotensi besar dalam mendapat kepercayaan mereka yang mahu memberikan derma.

SAMM persoal tindakan SPRM tidak siasat skandal rasuah di Kelantan

 SPRM masih belum bertindak ke atas tuduhan rasuah di Kelantan yang melibatkan konsesi balak walaupun laporan telah dibuat oleh SAMM.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempersoalkan ketelusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal rasuah di Kelantan.

Pada sidang akhbar mengenai isu itu hari ini, Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin, juga dikenali sebagai Chegubard, berkata suruhanjaya itu masih belum bertindak ke atas tuduhan rasuah di Kelantan yang melibatkan konsesi balak walaupun laporan telah dibuat.

Pada 27 Oktober, SAMM diiringi sekumpulan pengundi Kelantan membuat laporan dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada SPRM.

Hadir pada sidang akhbar itu ialah Mohd Afiq Ayob, yang membuat laporan itu dan mendakwa skandal yang melibatkan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, membabitkan seorang bergelar "Datuk" yang menggunakan alamat Istana Negara dan satu lagi seorang Cina bergelar "Datuk" yang bertindak bagi pihak syarikat berasaskan kayu di Kuala Lumpur.

Katanya, beliau menyerahkan 50 dokumen mengenai rasuah berjumlah lebih RM5 juta kepada SPRM.

Tekad kukuhkan Pakatan Harapan demi rakyat

 Sidang media Pakatan Harapan di Wisma Amanah
Pakatan Harapan (PH) akan memeterai perjanjian pada 9 Januari ini bagi mengukuhkan Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP ke arah kesatuan yang mampan.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perjanjian itu akan ditandatangani dalam Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan yang pertama kali diadakan.

Perjanjian ini juga akan membentuk dokumen Dasar-dasar Bersama Pakatan Harapan yang akan diumumkan di Konvensyen Pakatan Harapan yang dijangka akan diadakan menjelang Jun 2016.

“Keputusan untuk menguatkan lagi persefahaman politik antara ketiga-tiga parti lahir daripada keinsafan bahawa rakyat mahukan sebuah pakatan politik yang lebih bersatu padu dan dan utuh, sesuai dengan sokongan rakyat terhadap agenda perubahan yang dibawa,” kata beliau selepas mesyuarat Majlis Presiden di Wisma Amanah, Jalan Kuching hari ini.

Antara yang turut serta dalam sidang media tersebut ialah presiden Amanah, Mohamad Sabu, setiausaha agung Anuar Tahir, penasihat DAP Lim Kit Siang dan naib presiden PKR Tian Chua.

'Mungkinkah pangkalan tentera negara terdedah kepada China?’

  
 
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan sama ada tindakan 1MDB melepaskan ekuitinya dalam Bandar Malaysia kepada syarikat usaha sama daripada China Railway Engineering Corp dan Iskandar Waterfront Holdings akan mendedahkan pangkalan tentera negara kepada China.

Rafizi berkata, ini kerana di bawah perjanjian asal, Putrajaya menganugerahkan tanah berkenaan kepada 1MDB dengan syarat syarikat pelaburan negara itu memindahkan kemudahan Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi dan menaiktarafkan 6 pengkalan TUDM yang lain dan satu kem polis udara.

Rafizi menyoal sama ada China Railway Engineering Corp kini akan mengambil alih peranan itu selepas usaha samanya membeli 60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia daripada 1MDB.

“Justeru, saya menyeru supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri memberi penjelasan kepada soalan-soalan di atas secepat mungkin.

“Ini kerana tidak ada mana-mana negara berdaulat yang wajar melibatkan syarikat yang dimiliki negara lain di dalam apa-apa keputusan yang membabitkan kelengkapan dan kemudahan ketenteraannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Apa khabar Tan Sri Muhyiddin?

  
 
Ke hadapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dihormati.

Apa khabar Tan Sri sekarang? Lama benar kami tidak mendengar sebarang khabar daripada Tan Sri - atau lebih tepat - sejak berakhirnya Perhimpunan Agung Umno lalu dan Tan Sri diumpat secara berdepan-depan.

Walaupun begitu kemelut yang sering Tan Sri perkatakan dulu tetaplah berterusan.

Misteri 1MDB belum terungkai. Misalnya ke mana (atau di mana) wang yang diuruskan syarikat tajaan kerajaan itu. Pegawai atasan firma berkenaan tetap juga orang sama seperti ketika Tan Sri menegur mereka secara tertutup dan terbuka.

Begitu juga tanda tanya tentang derma RM2.6 bilion daripada luar negara itu. Siapakah penderma yang sangat pemurah dan ke mana wang berkenaan dibelanjakan sebenarnya tetap menjadi persoalan. Ia kira-kira sama macam teka silang kata yang mengasyikkan.

Ketika isu berkenaan masih jadi tanda tanya, kesunyian daripada Tan Sri amat terasa. Lebih malang, kesepian itu bukan datang daripada tubuh Tan Sri semata-mata, malah beberapa pemimpin lain yang sebelum ini lantang bersuara. Tun Dr Mahathir Mohamad, misalnya.

Lebih 45 peratus tak setuju kerjasama PAS-Umno

 
Kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE) November lalu di Selangor mendapati Lebih 45 peratus responden tidak bersetuju dengan kerjasama antara PAS dengan Umno.

Timbalan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata dengan keputusan tersebut menunjukkan kerjasama itu tidak akan memberi sebarang manfaat kepada nasib orang Melayu di negara ini.

Malah katanya, perkara itu dikhuatiri menyebabkan perpecahan susulan kemarahan penyokong PAS terhadap parti pemerintah masih menebal lapor Sinar Harian.

“Kalau berlaku pertandingan antara PAS dan Umno, pengundi PAS akan mengundi PAS (manakala) pengundi Umno akan mengundi Umno…

“Kalau itu (kerjasama) berlaku saya melihat, pilihan raya nanti yang rugi adalah PAS, maklumlah Umno ini masalah dalamannya nak beri kerusi pun bergaduh berhabis-habisan, apatah lagi nak beri kepada orang lain.

“Kita tahu sejarah Umno ini, bercakap perpaduan Melayu pun dia tersepit juga. Saya nampak sama saja, penyokong Umno tetap Umno, penyokong PAS tetap PAS, tidak akan berlaku penyokong Umno akan menyokong Pas dan sebaliknya,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Duhai NAJIB, UMNO, SPRM serta BANK NEGARA.. mana RM2.6 BILION?

MANA RM2.6 BILION?


Pada 3 Ogos 2015, SPRM mengesahkan bahawa wang RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. SPRM juga mengesahkan bahawa wang RM2.6 bilion tersebut bukan dari wang 1MDB sebaliknya adalah dari "penderma" yang ketika itu masih tidak diketahui latarbelakangnya.

Dari tarikh tersebut sehingga Disember 2015, SPRM meneruskan siasatannya sehinggalah pada 31 Disember 2015 Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull menyatakan bahawa kertas siasatan RM2.6 bilion telah diserahkan kepada Peguam Negara tetapi masih belum lengkap.

Sehingga hari ini, seluruh Malaysia masih tidak mengetahui apa sebenarnya status RM2.6 bilion tersebut. Sebelum ini kita dengar pelbagai komen daripada badut-badut Perdana Menteri mempertahankan penerimaan derma tersebut. Ada mengatakan ianya derma kerana Malaysia memperjuangkan fahaman Ahli Sunnah wal jamaah. Ada mengatakan derma tersebut kerana Malaysia menentang keganasan. Ada mengatakan derma tersebut kerana hendak menentang fahaman zionis yang meresap melalui DAP.

Zuhdi buat raja segala lawak 2015, kata Mujahid

Parti Amanah Negara (AMANAH) geli hati dengan dakwaan PAS bahawa Israel menawarkan DAP AS$300 juta (kira-kira RM1.2 bilion) pada pilihan raya umum lalu sebagai habuan jaminan untuk membina sebuah pangkalan udara di Port Dickson sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata dakwaan yang dibuat oleh Pengarah Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki pada 30 Disember lalu adalah ibarat raja segala lawak bagi 2015.

"Bagaimana harus saya respons terhadap lawak ini? Saya fikir kita adalah macai DAP, sekarang kita jadi macai Israel pula," kata Mujahid sambil tergelak.

"Berapa banyak macai DAP ada sekarang? Jika mereka mempunyai begitu banyak wang, mengapa tidak DAP beli Umno sahaja?

"Meminta ulasan saya mengenai isu ini pun sudah dikira sebagai satu penghinaan. Ia tidak dapat difikirkan dan tidak dapat dibayangkan untuk mana-mana ahli politik untuk beri respons terutama dari AMANAH," katanya.

Syarikat bermasalah perlu ikut jejak 1MDB

Joe Fernandez | January 4, 2016

Kerajaan boleh menggunakan contoh program rasionalisasi 1MDB untuk membantu syarikat-syarikat lain yang dibebani hutang

shahbudin,najib

KUALA LUMPUR: Semua tanah-tanah kerajaan yang berpotensi dan bernilai tinggi di dalam kawasan bandar harus segera diwartakan di bawah program transformasi oleh kerajaan, tegas seorang penganalisis politik.

“Digazetkan untuk program transformasi kerajaan membantu syarikat atau ahli perniagaan yang terbeban dengan hutang yang banyak..”

Penganalisis itu, Shahbudin Husin, berhujah bahawa pendekatan menjual aset dan tanah kepada orang asing samada secara langsung atau tidak langsung yang digunapakai oleh 1MDB boleh dianggap sebagai transformasi bernilai tinggi yang dicari-cari oleh pentadbiran dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ia seperti memberi isyarat bahawa mana-mana syarikat atau ahli perniagaan yang banyak hutang, boleh dengan segera memohon tanah-tanah kerajaan yang akan diberikan dengan harga paling murah untuk melangsaikan beban tanggungan mereka.”

Trajedi "Laut Merah" bukan datangnya dari bauksit...hangpa paham dak..!!!

'Merah di Pantai Balok bukan sebab bauksit'


Konsortium Pelabuhan Kuantan Sdn Bhd (KPC) menafikan bahawa 'laut merah' di Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam Kuantan disebabkan aktiviti perlombongan bauksit.

Ini kerana sungai yang menghala ke laut di dua kawasan itu tidak bersambungan dengan Sungai Pengorak.

"Penemuan mendapati ia tiada kaitan dengan Sungai Pengorak kerana Sungai Balok dan Sungai Tunggak tidak berkaitan dengan Sungai Pengorak di Pelabuhan Kuantan," kata Ketua Pegawai Operasi KPC, Khasbullah A Kadir.

Beliau juga berkata KPC telah menapis pelepasan air dari pelabuhan ke Sungai Pengorak.

Hasilnya air di Sungai Pengorak menjadi lebih baik sejak 29 Disember tahun lalu.

Katanya, hujan lebat telah memusnahkan tiga penapis keluli pada 29 Disember tahun lalu tetapi sistem penapisan masih berfungsi dan telah mengurangkan pencemaran air di Sungai Pengorak.

Kes anjing dalam troli, mana sensitiviti?


Lagi kes anjing dalam troli, mana sensitiviti?

SEKALI lagi rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama dikejutkan dengan perbuatan individu tidak sensitif dengan meletakkan haiwan peliharaan terutama anjing ke dalam troli milik pasar raya.

Semalam, sekeping foto yang menunjukkan seorang wanita menyorong sebuah troli yang diletakkan anjing di sebuah pasar raya menjadi viral.

Melalui laman Facebook Malaysian Respon Team, kejadian tersebut berlaku di sebuah pasar raya di Ipoh.

Orang ramai di laman sosial yang melihat foto tersebut menzahirkan kekecewaan dengan tindakan tersebut yang disifatkan tidak menghormati sensitiviti sesetengah agama, terutamanya agama Islam.

"Sebab kedegilan seseorang, habis satu bangsa kena hentam. Habis semua troli kena samak. Buat menyusahkan orang. Tolonglah bertimbang rasa," kata Poyok.

Difahamkan, para pekerja pasar raya terbabit sudah membersihkan atau 'menyamak' kesemua troli milik mereka.

Hotel bajet bandar utama jadi sarang aktiviti maksiat di Kedah

Hotel bajet bandar utama jadi sarang aktiviti maksiat

ALOR SETAR - Kes jenayah syariah terutama yang membabitkan kesalahan khalwat didapati banyak berlaku dalam kawasan bandar utama di negeri ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan Agama, Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (Jaik), Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, golongan belia khususnya kecundang untuk melawan nafsu dan terbabit dalam kegiatan itu.

Beliau berkata, majoriti yang didapati terlibat ialah remaja berusia sekitar 20-an termasuk pelajar sekolah berusia belasan tahun.

"Tetapi ada juga mereka yang berumur lingkungan 40-an dan ke atas.

"Kebanyakannya dilaporkan berlaku di rumah tumpangan dan hotel bajet yang terdapat di sekitar bandar utama," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Berdasarkan statistik dari Januari hingga Disember tahun lalu, 426 kes direkodkan membabitkan 71 kes di Alor Setar, Langkawi (36), Kubang Pasu (137), Kuala Muda (91) dan Kulim 47 kes.

Namun begitu, kawasan luar bandar juga tidak terkecuali dengan empat kes berlaku di Pendang, Padang Terap (3), Yan (6), Sik (11), Baling (14) dan Bandar Baharu sebanyak enam kes.

Menurutnya, jumlah tangkapan khalwat paling tinggi iaitu 50 kes direkodkan pada bulan Mac, diikuti Januari (42) dan Februari (40).

Bagaimanapun, jumlah kes jenayah syariah bagi kesalahan khalwat pada 2015 menurun 14 kes untuk tempoh sama berbanding 2014 dengan 440 kes.

"Statistik pada 2014 menunjukkan 151 kes berlaku di Alor Setar, Langkawi (28), Kubang Pasu (97), Kuala Muda (38) dan Kulim 66 kes.

"Kawasan luar bandar pula mencatatkan lapan kes di Pendang, Padang Terap (3), Yan (2), Sik (6), Baling (40) dan Bandar Baharu dengan satu kes," katanya.

Sehubungan itu, masyarakat, khususnya golongan remaja diingatkan menjaga akhlak dan kelakuan masing-masing agar tidak terjebak dengan kesalahan berkenaan.

Ahmad Faisol menjelaskan kesalahan khalwat membabitkan mana-mana lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya serta orang perempuan yang didapati berada dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak mereka melakukan perbuatan maksiat.

"Apabila disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.


Imigresen KEDAH tahan 22 Pati Indonesia & Myammar disekitar Kuala Nerang & Padang Terap

Imigresen Malaysia

ALOR SETAR - Imigresen Kedah menahan 22 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia dan Myanmar dalam Op Sapu yang dijalankan sekitar Kuala Nerang dan Padang Terap, awal pagi ini.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, dalam operasi yang dijalankan pada pukul 1.45 pagi itu, pemeriksaan telah dijalankan di rumah sewa, rumah kongsi dan kem motivasi sekitar Kuala Nerang dan Padang Terap.

"Hasil pemeriksaan seramai lapan lelaki Myanmar dan 13 lelaki serta seorang wanita Indonesia berumur antara 23 hingga 52 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan dan ada antara mereka yang tinggal lebih masa.

"Pemeriksaan yang dijalankan di sebuah kem motivasi Kampung Genting Palas, Kuala Nerang telah menahan lima daripada 13 lelaki Indonesia yang mendiami kem tersebut secara haram hampir dua bulan tanpa pengetahuan pemilik kem," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Yusri berkata, semua yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen

Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik. - Bernama


Nasib penoreh diabai oleh Kerajaan Memerintah : Pergetah

Penoreh Getah

BALING - Kegagalan menaikkan harga getah ke paras selesa untuk rakyat menggambarkan pihak bertanggungjawab gagal membantu nasib penoreh.

Pengerusi Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah Negeri Kedah (Pergetah), Mohd Taufik Yaacob berkata, pihak bertanggungjawab seolah-olah sengaja mengabaikan nasib penoreh biarpun mampu untuk melakukan sesuatu.

Menurutnya, kejatuhan harga getah boleh dipulihkan dengan campur tangan kerajaan, namun sehingga hari ini pihak berkaitan sekadar melaksanakan mekanisme yang tidak masuk akal.

"Mekanisme dilakukan tidak berfaedah kepada penoreh, contohnya apa yang dilakukan ialah dengan pemberian baja penggalak susu dan kursus cara menoreh yang betul. Semua ini hanya menguntungkan kontraktor bukannya rakyat," katanya.

Mohd Taufik berkata, mekanisme pelaksanaan kaedah Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu di mana bayaran harga getah dibuat berdasarkan 30 sen juga terbukti tidak relevan.

"Jika nak buat apa-apa mekanisme, ia perlu dibuat sebelum kejatuhan harga getah lagi, bukan ketika ekonomi gawat seperti sekarang," katanya.

Dalam masa sama, Mohd Taufik juga melahirkan rasa kecewa kepada pihak berkaitan kerana tuntutan pihaknya dengan menghantar memorandum berkaitan cadangan membantu nasib penoreh masih belum dilayan.

"Pergetah mengikut saluran undang-undang yang betul. Cadangan membantu penoreh kita sudah bawa ke pelbagai peringkat sehingga akhirnya ke Perdana Menteri sejak Disember lalu, tapi masih belum ada apa-apa jawapan.

"Saya juga kecewa dengan dengan ahli-ahli parlimen di seluruh negara. Sehingga hari ini masih mereka juga tidak serius membawa suara penoreh ke dalam parlimen," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...