TERKINI :

Saturday, January 2, 2016

Mustahil berlaku PRU14 pada tahun 2016

bendera

SHAH ALAM – Kebarangkalian bagi berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun ini adalah mustahil, kata penganalisis politik.

Ini kerana menurut Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, kerajaan yang memegang mandat buat masa kini tidak mempunyai sebab untuk mempertaruhkan mandat tersebut.

"Pada pendapat saya, PRU tidak akan diadakan pada tahun ini. Bagaimanapun kita tahu bahawa kedua pembangkang dan kerajaan rancak mengatur strategi untuk menghadapi PRU," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan berlangsung pada tahun ini, Muhammad Shamshinor yang juga merupakan Ketua Kluster Politik dan Polisi bagi Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor berkata, kerajaan perlu memancing undi dengan menitikberatkan isu ekonomi yang sedang menghimpit kehidupan rakyat.

"Pihak yang mahu menang perlu pancing undi dengan menggunakan masalah ekonomi dan semasa yang dihadapi rakyat negeri Sarawak," katanya lagi.


Pas 'izin' ahli hadir majlis, asal beri kebaikan

Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR - Semua ahli Pas tidak dihalang menghadiri‎ mana-mana jemputan selagi ia selaras dengan pendirian parti, kata Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun, katanya mereka perlu memastikan majlis yang dihadiri itu boleh membawa kebaikan kepada parti.

"Ahli Pas boleh hadir mana sahaja jemputan selagi kehadirannya untuk menyampaikan risalah Islam, menyuruh yang makruf dan menentang yang mungkar," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau mengulas kehadiran bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam majlis makan malam anjuran parti Amanah, di sini semalam.

Husam, yang juga Adun Salor di Kelantan, ketika berucap pada majlis itu berkata kehadirannya ke majlis itu adalah selaras dengan ketetapan parti yang 'mengizinkan' anggotanya untuk hadir ke mana-mana majlis parti lain.

Tuan Ibrahim berkata kebiasaanya Pas akan menilai setiap jemputan yang diterima, dan perkara itu dibawa ke dalam mesyuarat dalaman parti untuk menimbang kehadiran mana-mana anggota ke majlis berkenaan.

Selain itu, katanya ahli Pas turut bertanggungjawab mempertahankan parti daripada segala tohmahan buruk pihak luar terhadap parti‎ itu.

"Adalah menjadi tanggungjawab semua anggota parti untuk mempertahan tohmahan buruk pihak di luar parti dan membetulkan persepsi terhadap parti," katanya. - Bernama

Husam bimbang Pas jadi pelindung korupsi Umno

Umno-PasUmno-Pashttp://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/umno_pas_bergabung_meletop.jpg

PETALING JAYA - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan kebimbangan beliau terhadap hubungan baik di antara Pas dengan Umno yang akan memberi kesan kepada nasib orang Melayu selepas ini.

Menurut Husam, Pas dibimbangi akan menjadi pelindung kepada agenda korupsi yang dilakukan oleh Umno demi kepentingan parti berkenaan.

"Saya bimbang kalau-kalau parti saya (Pas) berpakat dengan Umno untuk melindungi korupsi. Tindakan ini lebih membawa bahaya kepada orang Melayu.

"Kepimpinan Melayu tidak akan diterima sekiranya track recored parti agama yang dibawa oleh Pas tidak mampu mempertahankan korupsi yang buruk dan laknat,"katanya ketika hadir di Majlis Makan Malam Pari Amanah Negara (Amanah) Kelantan yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ, malam tadi.

Beliau berkata, korupsi merupakan satu dosa dalam Islam malah Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 lalu turut menganggap perkara ini adalah sebagai satu isu yang penting untuk dibincangkan.

Dalam pada itu, Husam turut memaklumkan bahawa isu penyelewengan yang didakwa berlaku dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah merupakan salah satu bentuk rasuah.

"Mana pergi pinjaman berbilion yang dibuat daripada bank-bank dengan mencagarkan tanah diberikan kerajaan?

" Lebih manfaat kalau wang-wang ini digunakan untuk membantu penduduk Melayu di luar bandar,penduduk  desa,dan nelayan-nelayan miskin," katanya.
 

Pakatan NGO pro BN minta polis siasat dakwaan Mohd Zuhdi terhadap DAP

KOTA KINABALU: Pakatan NGO Pro Barisan Nasional (BN) meminta polis menyiasat dakwaan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13, seperti disiarkan media, baru-baru ini.

Mohd Zuhdi juga mendakwa, antara syarat tawaran berkenaan termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya.

Presiden Pakatan NGO Pro BN, Zulkarnain Mahdar berkata jika dakwaan Mohd Zuhdi itu benar, ia satu malapetaka cukup besar buat Malaysia dan tidak harus dibiarkan kerana membabitkan keselamatan negara serta sensitiviti umat Islam.

"Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah DAP mempunyai hubungan dengan Israel?," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Pakatan NGO Pro BN turut membuat laporan di Balai Polis Alam Mesra, susulan pendedahan Mohd Zuhdi itu.

"Pro BN meminta polis menyiasat secara terperinci perkara ini kerana ramai rakyat Malaysia mula merasa sangsi dengan DAP selepas membaca kenyataan Mohd Zuhdi baru-baru ini," katanya.

Nik Omar: 'Ambo' rai satu sama lain

Salah seorang anak allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan menyertai Parti AMANAH Negara (AMANAH) masih enggan berterus-terang berkaitan status sebenar beliau.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Nik Omar kelihatan masih mahu meneruskan teka-teki berkaitan parti pilihannya dan tidak menjawab secara langsung.

Ditanya sama ada beliau benar menyertai AMANAH atau tidak, Nik Omar (gambar) hanya menjawab lebih suka membawa gagasan penyatuan dan meraikan satu sama lain.

“Ambo (saya) lebih suka bawa gagasan ummah wahidah (kesatuan umat) dalam situasi sekarang.

“Masing-masing bawa pendekatan dengan meraikan satu sama lain,” jawabnya melalui pesanan bertulis kepada Malaysiakini.

Dalam majlis makan malam AMANAH di Petaling Jaya malam tadi, Pengarah Komunikasi AMANAH Kelantan Nordin Hussin mengumumkan Nik Omar dilantik sebagai pengerusi panel syariah AMANAH Kelantan.

Nik Omar tidak hadir dalam majlis tersebut.

Ketika ditemui Malaysiakini selepas itu, Nordin menafikan menyebut penyertaan Nik Omar dalam AMANAH dan berkata mungkin wartawan tersalah dengar.

Bagaimanapun, seorang pemimpin AMANAH Kelantan yang ditemui Malaysiakini mengesahkan anak lelaki sulung bekas menteri besar Kelantan itu telah menyertai parti berkenaan.

Sumber bagaimanapun berkata Nik Omar buat masa ini tidak akan hadir ke majlis terbuka bagi menghormati permintaan ibunya dan anggota keluarga lain.

Nik Omar anak kedua daripada sepuluh adik-beradik.

Adik kelimanya Nik Abduh (gambar) juga aktif dalam PAS sebagai ketua pemuda dan anggota parlimen Pasir Mas.

DAP saman ahli politik dakwa wujud tawaran Israel, kata Kit Siang

DAP akan menyaman seorang ahli politik yang mendakwa parti itu ditawarkan RM1.2 bilion sebagai pertukaran dengan sebuah pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson, kata Ketua Parlimennya Lim Kit Siang.

Beliau tidak menamakan "pemimpin politik kanan" berkenaan tetapi berkata individu itu akan disaman kerana memfitnah.

"Menurut al-Quran, memfitnah adalah satu jenayah yang lebih buruk daripada membunuh. Saya menjangkakan peguam DAP akan memulakan prosiding undang-undang dalam satu atau 2 hari," kata Lim malam tadi ketika berucap pada majlis makan malam Parti Amanah Negara (Amanah) di Petaling Jaya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, pembohongan tersebut menunjukkan "budaya terdesak politik di negara ini".

Ahli politik itu, yang menurutnya daripada sebuah parti politik lain, membuat "tuduhan melulu" mengenai hubungan DAP dengan Israel.

"Pemimpin politik kanan daripada parti lain yang berbohong tentang DAP, seperti seorang yang membuat dakwaan tidak munasabah mengatakan DAP ditawarkan RM1.2 bilion sebagai pertukaran dengan pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson, perlu membayar harga yang tinggi kerana dakwaan tidak berasas dan melulu itu, di mahkamah," kata Lim.

"Semua pemimpin politik mesti diberi pengajaran yang mereka tidak boleh melepaskan diri selepas berdusta atau membuat dakwaan paling tidak munasabah, atau melindungi diri dari perbuatan jahat dan pengecut itu dengan mendakwa mereka hanya mengitar semula pembohongan."

DAP minggu lalu menjadi sasaran beberapa pemimpin PAS yang mengkritik Ketua Biro Ekonomi Perak DAP Chong Zhemin yang mengecam Kementerian Belia dan Sukan dalam kes atlet Israel yang dinafikan visa dan akhirnya tidak mengambil bahagian dalam acara sukan luncur antarabangsa di Langkawi.

Ketua Pemuda PAS Perak Mohd Akmal Kamaruddin minggu lalu berkata kenyataan Chong menimbulkan persoalan sama ada DAP menyokong Israel.

Naib Ketua Pemuda Amanah Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar juga mengkritik Chong, mempertahankan keputusan kerajaan yang disifatkan wajar sebagai tanda bantahan terhadap Israel kerana menganiaya rakyat Palestin.

Chong bagaimanapun kemudiannya menarik balik kenyataannya dan DAP mengatakan ia pandangan peribadi beliau sementara parti itu tetap dengan pendiriannya tidak menyokong Israel.

Dakwaan DAP ditawarkan wang sebagai pertukaran dengan pangkalan tentera laut Israel itu bagaimanapun didakwa dibuat Pengarah Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki, seperti dilaporkan pelbagai media. – 2 Januari, 2016.

Najib boleh pilih, nak jatuh terletak atau jatuh terhempas

oleh Aspan Alias


Apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir yang UMNO itu sudah terbalik semakin nampak kebenarannya. Kita lihat sahaja telatah Presidennya dalam Perhimpunan Agung yang baru selesai petang semalam. Beliau menuduh Dr Mahathir telah memecah-belahkan UMNO sedangkan isu yang berbangkit adalah isu yang beliau lakukan sendiri. Persoalan tidak satu pun dijawab tetapi beliau mengakui dirinya di pihak yang benar.

Beliau tidak berani menyaman WSJ kerana berita tentang skandal 1MDB dan yang berkaitan. Tidak terasa malu pula apabila tidak berani untuk menyaman New York Times atau Sarawak Report yang melaporkan semua tindakan Najib yang tidak betul pada pandangan akhbar tersebut. Tuduhan tidak berjawab tetapi yang bersalah Dr Mahathir pula. Kenapa tidak berani menyaman akhbar-akhbar tersebut jika beliau berada di pihak yang benar dan kenapa menyalahkan Dr Mahathir pula. Dr Mahathir bukan keseorangan, malahan jutaan rakyat Malaysia menunggu-nunggu bila Najib akan bersara.

Hishammudin berkata Muhyiddin sepatutnya meminta maaf kerana menyentuh isu 1MDB. Yang belum menunjukkan dan membuktikan ia tidak bersalah ialah Najib sendiri. Selagi tiada jawapan dari Najib tentang isu 1MDB dan derma politik sebanyak RM2.6 billion itu, Najib tetap tidak dapat lari dari persepsi buruk yang beliau menerima wang sebanyak itu secara haram dan sekali gus tidak melayakkan beliau secara etikanya menjadi pemimpin negara.

Selepas satu demi satu dijual, Apa bisnes 1MDB selepas ini???

Shahbudin Husin,


Selepas 1MDB menjual keseluruhan segmen tenaganya, Edra Energy dan kemudian 60 peratus Bandar Malaysia, kedua-duanya kepada syarikat daripada negara China demi untuk melangsaikan hutang RM42 bilionnya, satu-satunya aset yang tinggal bagi syarikat itu ialah tanah TRX seluas kira-kira 70 ekar di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

Edra Energy dijual dengan harga tunai sebanyak RM9.83 bilion, selain pembeli bersetuju menanggung semua hutangnya. Dilaporkan jualan itu akan mengurangkan hutang 1MDB antara RM16 bilion hingga RM18 bilion.

60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia pula dijual dengan harga RM7.41 bilion. Lebihan 40 peratus lagi yang masih milik 1MDB, sebagaimana disebut oleh Arul Kanda semalam, sedang dalam pertimbangan untuk dipindahmilik kepada Kementerian Kewangan.

Bermakna, kemungkinannya dijual juga baki 40 peratus Bandar Malaysia itu. Cuma apabila ianya dijual daripada 1MDB kepada Kementerian Kewangan, ia tidak lebih umpama memindahkannya daripada tangan kanan Najib kepada tangan kirinya.

Manfaat GST masih lagi tidak dirasai rakyat

GST baru

SHAH ALAM - Penganalisis berpandangan tahun 2016 akan menjadi tahun yang lebih mencabar buat rakyat Malaysia terutamanya dari prospek ekonomi.

Menurut pensyarah kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, pada tahun ini rakyat dijangka akan lebih menanggung beban kerana pelbagai lagi siri kenaikan harga sama ada barangan dan perkhidmatan diramal meningkat.

"Saya ramalkan lebih mencabar. Sektor kerajaan juga banyak 'cut cost' dalam perbelanjaan. Harga barangan pun naik. Kos pengangkutan awam naik. Jadi tahun ni akan menyebabkan rakyat berjimat cermat.

“Secara tak langsung kalau tiada insentif dari kerajaan ringankan beban kos hidup, rakyat akan marah degan kerajaan dan lagi satu manfaat daripada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) masih tidak dirasai rakyat," katanya kepada Sinar Online.

Anak Nik Aziz sertai Amanah

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/NIK_OMAR_290515_TMISETH_02.JPG
Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diisytiharkan pada satu majlis malam ini sebagai salah seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan.

Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan diumumkan menyertai parti serpihan PAS itu pada majlis makan malam Amanah negeri itu yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Sebelum ini wujud desas-desus mengatakan Nik Omar akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif PAS yang meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

GHB yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan kemudiannya membentuk Amanah yang dilancarkan secara rasmi pada hujung Ogos lalu.

Pada majlis malam ini, lebih 1,000 orang menyertainya sehingga mengejutkan pihak penganjurnya.

1MDB melakukan pengkhianatan kepada rakyat Malaysia kerana menjual tanah kepada syarikat asing.

Penyelesaian hutang 1MDB menjijikkan – Khairuddin

Khairuddin_1mdb_600
PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia yang memiliki syarikat pelaburan strategik, 1MDB, telah melakukan pengkhianatan kepada rakyat Malaysia kerana menjual tanah kepada syarikat asing.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, penjualan ekuiti 60 peratus dalam Bandar Malaysia kepada syarikat usahasama kerajaan Johor dan China dianggap menggadai harta milik negara.

“Kini negara telah hilang kepentingan pemilikan sebahagian dari hartanah di Bandar Malaysia Sungai Besi kerana 60% ekuitinya telah dibeli oleh syarikat China Rail Engineeting Corporation (CREC).

“Rakyat Malaysia telah hilang sebahagian daripada hartanah pusaka milik kerajaan kepada syarikat asing. Ini satu pengkhianatan kerana harta milik negara terpaksa digadai kepada orang luar.

“Apakah kaedah penyelesaian hutang syarikat 1MDB seperti mana yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dibanggakan serta boleh diterima secara waras?

Remaja belajar teknik berbohong diculik dari siapa?


Dr AsriSHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menimbulkan persoalan disebalik kisah penipuan remaja Nur Amirah Atirah, 14, yang mendakwa dirinya diculik baru-baru ini.

Asri mempersoalkan bagaimana seorang anak gadis semuda itu boleh menipu dengan mudah sehingga mengemparkan negara buat seketika.

"Seorang remaja 14 tahun dilaporkan telah berbohong bahawa dia telah diculik padahal itu perancangannya dengan teman lelakinya. Dia dikatakan hanya ingin mengelirukan ibu bapanya. Rakaman suara dia diculik telah menjadi viral dan menarik simpati ramai pihak. Perasaan takut, bimbang dan simpati mengiringi cerita tipu itu.

"Teknik berbohong dan menipu untuk mengelirukan pihak lain nampaknya telah dikuasai oleh rakyat semuda itu. Siapakah yang mengajar teknik pembohongan dan penipuan sebegini," katanya menerusi posting terbaharu di Facebooknya hari ini.

Asri berkata demikian bagi mengulas kes Nur Amirah yang didakwa diculik baru-baru ini dan kisah ini menjadi viral di media sosial.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...