TERKINI :

Saturday, December 24, 2016

YDPA boleh menitahkan Ahli Parlimen datang mengadap dan nyatakan adakah masih menyokongan PM Malaysia

Dalam ceramah malam td antara yang aku sebut ialah kita sbg rakyat Malaysia amat mengharapkan Ke Bawah Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memayungi seluruh rakyat agar menggunakan kuasa sedia ada ke Bawah Duli Tuanku di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk memanggil mengadap memanda Perdana Menteri meminta Perdana Menteri menyembah maklum situasi negara yang semakin teruk di bawah pentadbiran beliau.

Ke Bawah Duli Tuanku boleh menggunakan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan memanggil seluruh Ahli Parlimen menyatakan pendirian mereka tentang negara dan Perdana Menteri samada mereka masih menyokong Perdana Menteri atau sebaliknya.

Perkara ini tidak pernah dibuat di peringkat Persekutuan tetapi pernah berlaku di peringkat negeri. Di Kedah suatu ketika, Jemaah Pemangku Sultan memanggil mengadap semua Ahli Dewan Undangan Negeri menyatakan pendirian yang akibatnya Mukhriz kehilangan sokongan dan terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar.

Ini semua diperuntukkan oleh Perlembagaan dan Ke Bawah Duli Tuanku yang menjadi penaing seluruh rakyat harus mengambil tindakan pro-aktif ini demi kepentingan negara.

Tiada salahnya kita sebagai rakyat dan warganegara Malaysia yang sah memohon Seri Paduka Baginda melaksanakan kuasanya yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Tindakan ini perlu kerana siapa pun kita, tanggungjawab menjaga kepentingan negara adalah hak bersama kerana Malaysia adalah hak kita bersama.

TERUS BERJUANG

ZULHAZMI SHARIFF
24/12/2016
Alor Setar


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...