TERKINI :

Saturday, December 31, 2016

Tun M - 'Orang kampung kata Najib beri wang, Mahathir tidak'


Selepas pertikaian demi pertikaian, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tetap menegaskan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M adalah satu bentuk rasuah.

Katanya, ada sesetengah pihak, khususnya parti pemerintah yang kecewa dan melenting apabila beliau berkata demikian.

"Saya masih tegas mengatakan bahawa ia adalah sejenis bentuk rasuah. Ini dijelaskan oleh komen daripada seorang penerima BR1M di kampung.

"Dia kata, saya akan menyokong Najib kerana dia beri saya wang. Mahathir tidak beri saya wang," katanya dalam tulisan terbaru dalam blog.

Perdana menteri keempat negara itu seterusnya menghuraikan pemberian wang berkenaan yang bertujuan membeli undi.

"Wang BR1M akan dibayar melalui Umno. Jelas sekali ini percubaan untuk menjadikan Umno popular. Itulah adalah politik.

"Ia satu bentuk rasuah terutamanya jika diagihkan berhampiran pilihan raya. Ini adalah rasuah jika jumlah itu terus ditingkatkan dan ini dimasukkan dalam manifesto parti," katanya.

Sebaliknya, menurut Dr Mahathir BR1M tidak dianggap rasuah jika wang itu disalurkan melalui pegawai kerajaan atau melalui ahli-ahli Parlimen tanpa mengira parti masing-masing.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...