TERKINI :

Saturday, December 24, 2016

Pejabat Tanah & Daerah memberikan penjelasan dan pertahan tindakan roboh 11 struktur resort Jamal

MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
23 Disember 2016

Mohd Khairuddin menunjukkan lakaran operasi meroboh struktur deretan bangunan terbengkalai bersebelahan resort itu, semalam.

SABAK BERNAM - Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam mempertahankan tindakan mereka meroboh 11 struktur deretan bangunan terbengkalai yang dibina bersebelahan Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, memandangkan kawasan tanah itu merupakan rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Pegawai Daerah Sabak Bernam, Mohd Khairuddin Md Som berkata, operasi perobohan itu dibuat di kawasan rizab JPS iaitu kira-kira 20.1 meter dari pantai, selain  di luar kawasan tanah hak milik pemilik resort, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

"Bangunan terbengkalai bersebelahan resort ini telah didirikan sejak 2011 lagi.

"Pada Februari 2013, pejabat ini ada mengeluarkan notis kepada pengusaha agar mengosongkan tanah kerajaan berkenaan.

"Sekiranya ada permohonan sekali pun, kita tak boleh luluskan sebab tanah berhadapan Selat Melaka ini ada ban...jika ban pecah, siapa yang perlu bertanggungjawab? Kita tak mahu ada masalah pada masa akan datang," katanya kepada Sinar Harian.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jamal 'rasmikan' resortnya setelah disita semalam]

Beliau menjelaskan, tindakan merobohkan bangunan kekal itu dibuat mengikut Seksyen 425 dan 426A (1)(c)  Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.

Bagaimanapun, ujar beliau, pihaknya tidak melaksanakan kerja-kerja meroboh bangunan di resort berkeluasan 0.9 hektar itu kerana kawasan tanah itu adalah hak milik persendirian.

"Struktur kekal yang dibina di  resort ini adalah di kawasan tanah pemiliknya sendiri.

"Permohonan serah dan beri milik semula tanah di bawah seksyen 204B KTN telah dibuat pada 2014 dan kerajaan negeri sudah meluluskannya pada awal 2015

Beliau menjelaskan, kawasan resort itu pada asalnya adalah tanah pertanian dan kini ditukar kepada tanah bangunan perniagaan dan telah pun dibayar premium pada Mei tahun lalu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...