TERKINI :

Friday, December 16, 2016

PAS tegas tidak akan sertai Pakatan Harapan - Mohd Amar

Muhafandi MuhamadAstro Awani

MOHD AMAR: Setakat ini, kita belum ada persefahaman dengan PPBM walaup dah bertemu

KOTA BHARU: PAS hari ini menegaskan pendirian sama untuk tidak menyertai Pakatan Harapan.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, ia kerana DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) berada dalam gabungan parti pembangkang itu.

Menurutnya lagi, sehingga kini, belum ada kata sepakat tentang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun sudah berlangsung pertemuan kali pertama.

Mohd Amar berkata, tiada kata sepakat dicapai pada pertemuan itu baru-baru ini, namun PAS masih membuka ruang perbincangan seterusnya dengan PPBM.

“Setakat ini, kita belum ada persefahaman dengan PPBM walaupun ada pertemuan rasmi, namun belum ada persetujuan, masih tergantung dan PAS pula akan mempertahankan semua kerusi yang kita tandingi sama ada yang kita menang atau kalah.

“Saya rasa PPBM sudah ada kerjasama dengan Pakatan, mereka kena selesaikan (sesama mereka) mengenai kerusi,” kata Mohd Amar.

“Keputusan kita tidak akan sertai, sebab itu kita bentuk blok ketiga. Tidak ada ruang lagi untuk PAN dan DAP,” kata Mohd Amar.
 
Mohd Amar ditemui pemberita bagi mendapatkan reaksi berhubung pendirian PAS selepas PPBM membentuk  kerjasama di bawah Pakatan Harapan semalam.

Semalam, ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Harapan -- PKR, DAP dan PAN -- bersetuju mewujudkan gabungan parti pembangkang dengan PPBM sebelum pilihan raya umum akan datang.

Mohd Amar menjelaskan penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan akan menyebabkan gabungan parti itu berada dalam keadaan dilema.

Ini kerana DAP dan PKR sudah mempunyai kerusi dan kawasan yang mereka akan tandingi pada pilihan raya akan dating, manakala PPBM dan PAN pula terpaksa berkongsi dan mengharapkan agihan kerusi daripada DAP dan PKR.

PAS, katanya, sudah mempunyai kerusi dan kawasan  untuk ditandingi dan akan mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya akan datang.

Mohd Amar juga berkata Jabatan Pilihanraya PAS sedang membuat kajian mengenai kerusi yang ditandingi DAP sama ada PAS akan meletakkan calon atau sebaliknya.

Sementara itu, PAS katanya tidak akan bergabung dengan UMNO walaupun kebelakangan ini hubungan mereka dilihat agak baik.

Katanya, musuh politik utama PAS di Kelantan ialah UMNO dan PAS tetap akan melawan UMNO pada pilihan raya akan datang.

Tambahnya, jika pembangkang serius untuk menumbangkan UMNO, Pakatan Harapan sepatutnya memberi ruang dan tidak meletakkan calon mereka di Kelantan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...