TERKINI :

Tuesday, December 13, 2016

PAS juga parti "kawan makan kawan"... yang hendak bertanding kerusi PKR xi Permatang Pauh apa cerita

CAKAP MACAM MEREKA SUCI..SEDANGKAN BEBERAPA HARI LEPAS.. PAS PERMATANG PAUH UMUM NAK BERTANDING DI KERUSI PERMATANG PAUH MILIK PKR TU APA CERITA?

AMANAH parti 'kawan makan kawan' - PAS

Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Batu (DPPKB), Nurul Islam Mohamed Yusoff menyifatkan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai tidak mempunyai semangat setiakawan, sebaliknya, mengamalkan sikap 'kawan makan kawan'.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan Ketua Pemuda AMANAH, Sany Hamzan semasa Konvensyen Nasional AMANAH semalam yang menyatakan kesediaan untuk meletakkan calon di kerusi Parlimen Batu yang kini sedang disandang oleh Tian Chua dari PKR.

"Selepas membawa lari kerusi-kerusi yang asalnya milik PAS, kini AMANAH mengugut pula akan merampas kerusi milik PKR di Parlimen Batu.

"Seharusnya PKR menyedari hal ini dan perlu bersikap tegas terhadap ugutan AMANAH ini," kata Nurul Islam dalam kenyataan.

Sebelum ini, AMANAH juga dikatakan menyerang pucuk pimpinan PKR apabila Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Jamzuri Ardani mengingatkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali dari PKR bahawa parti itu tidak 'lapar' dengan jawatan dalam kerajaan negeri.

Menurut Jamzuri, apa yang pihaknya mahukan ialah mereka dirai sebagai parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) dan tidak 'ditekan' oleh kerajaan negeri.

"HARAPAN (di) Selangor adalah ibu kepada politik ding dong. Membosankan. Kita nak beritahu kepada menteri besar bahawa AMANAH tak lapar dengan jawatan. Kami tak lapar kedudukan dalam kerajaan.

"Apa yang kami mahu adalah kami dirai sebagai anggota komponen parti kerajaan negeri tanpa tekanan dan birokrasi kerajaan negeri.

"Ketua kampung PAS, ADUN PAS, ahli majlis PAS, exco-exco PAS, itulah yang membantah dan menghalang kita dari kuliah di masjid. Ada ahli majlis yang halang AMANAH dari menggunakan dewan-dewan.

"Sekiranya AMANAH tak menang banyak kerusi, kita bimbang menteri besar lepas pilihan raya umum akan duduk dalam blok pembangkang. Unsur duri dalam daging dalam kerajaan negeri perlu dibuang segera," ujar beliau lagi.

Mengulas lanjut, Nurul Islam berkata, Sany turut mengulangi kenyataan beberapa pemimpin utama AMANAH sebelum ini yang menyatakan akan bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi PAS.

"Ia jelas menunjukkan bahawa AMANAH sebenarnya ditubuhkan sekadar bagi melampiaskan dendam terhadap PAS, bukannya untuk memberikan saingan kepada BN.

"Barangkali PKR juga sudah mula boleh membuat pertimbangan untuk meneruskan hubungan dengan parti 'kawan makan kawan' seperti ini. Jangan nanti menyesal di kemudian hari akibat dikhianati oleh mereka," tambah beliau.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...