TERKINI :

Thursday, December 1, 2016

Layan Orang Asli dengan adil, Pakatan beri amaran kerajaan Kelantan

orangasli_kelantan_600
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan Kelantan memberi layan adil dan ikhlas terhadap Orang Asli, berikutan penahanan 48 aktivisnya di Gua Musang semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, pakatan pembangkang juga memberi amaran kepada kerajaan negeri yang tindakan mereka dipantau teliti masyarakat umum dan antarabangsa.

“Kami menggesa kerajaan negeri bertindak dengan adil, tegas dan ikhlas dalam mempertahankan Orang Asli, dan membebaskan semua yang ditahan.

“Kerajaan negeri dan penangkapan pihak berkuasa terhadap Orang Asli akan terus dikritik semua.

“Kami yakin masih ada ruang untuk penyelesaian yang tidak memberi kesan kepada kedua-dua pihak, Orang yang Asli dan kerajaan Kelantan secara negatif.

“Adakah proses rundingan sudah sampai ke penghujungnya, yang memerlukan tindakan sedemikian rupa terhadap Orang Asli?” soalnya hari ini.

Orang Asli Temiar di kawasan itu membantah aktiviti pembalakan di hutan mereka beberapa tahun kebelakangan ini.

Perkara itu menjadi teruk apabila masyarakat Orang Asli mula menyekat laluan keluar pembalakan sejak September dalam cubaan terakhir menghentikan aktiviti di Hutan Simpan Balah.

Menurut laporan Berita Harian, mereka yang ditahan berumur di antara 18 hingga 40 tahun, selepas polis dan Jabatan Perhutanan memusnahkan sekatan dibuat di Pos Petei dan Pos Bihai petang semalam.

Operasi 7 jam itu melibatkan 210 anggota penguatkuasa dan juga menyaksikan pondok buluh dibina aktivis di semua sekatan dimusnahkan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...