TERKINI :

Tuesday, December 6, 2016

Keuntungan ahli PAS naik berlipat ganda setelah pimpinan atasan bertawun dengan Najib BN

*GITU EHH....*

Keseluruhan jumlah AHLI PARLIMEN sekarang adalah seramai 222 orang.

Dari 222 orang AHLI PARLIMEN itu seramai 163 AHLI PARLIMEN BERSTATUS BUMIPUTRA (BN & PH).

Dari 163 AHLI PARLIMEN itu 141 AHLI PARLIMEN beragama ISLAM...iaitu kurang 2/3 keseluruhan kerusi Parlimen.

Maka dengan itu RUU355 yang memerlukan undi 2/3 di Parlimen adalah mustahil di laksanakan, walaupun seluruh ahli Parlimen beragama ISLAM mengundi.

Ini bermakna usul RUU355 yang di bawa oleh YB Hadi Awang itu hanya satu RETORIK POLITIK semata-mata.

Dan UMNO tahu kira-kira ini, mereka menggunakan YB Hadi Awang untuk menunjukkan kepada penyokong-penyokong PAS bahawa ikatan pertunangan PASUMNO adalah untuk melaksanakan pemerintahan bercorak ISLAMIK.

ISLAMIK lah sangaaaat kan jika awal-awal dah melakukan penipuan kepada penyokong PAS.

Di dalam PRU14 ini nanti di jangkakan akan terdapat pertandingan 3 penjuru, calun PAS akan di KAMBING HITAMKAN oleh UMNOBN semata-mata untuk memecahkan undi.

Disitulah nanti kita akan lihat tahap pemikiran pengundi-pengundi PAS dalam memilih calon, adakah pengundi-pengundi PAS hari ini masih sama pemikirannya seperti pengundi-pengundi PAS sebelumnya❓❓❓.

TAPI..... Sebelum mereka membuta tuli ingin menunjukkan ke wala' kan mereka kepada pemimpin dan calon mereka, saya ingin bertanya....

🔴 Adakah pengundi PAS sekarang mendapat layanan yang "special" dari kerajaan❓.

🔴 Adakah pengundi PAS sekarang membeli minyak masak pada harga lama❓.

🔴 Adakah pengundi PAS sekarang tidak mengalami kesulitan sama seperti rakyat Malaysia lainnya❓.

🔴 Adakah pengundi PAS membeli minyak motor/kereta pada harga RM1.15 seliter❓.

🔴 Adakah pengundi PAS mudah mendapat pinjaman TEKUN❓.

🔴 Adakah pengundi PAS mendapat diskaun harga ketika membayar bil api dan air❓.

🔴 Adakah pengundi PAS yang terlibat banjir dahulu telah mendapat pampasan yang setimpal dari kerajaan yang ada sekarang❓.

🔴 Adakah pengundi PAS mudah mendapat surat sokongan dari Ketua Kampung atau Wakil Rakyat UMNO❓.

🔴 Adakah pengundi PAS tidak merasa bebanan ekonomi yang meruncing pada hari ini❓.

JIKA JAWAPAN bagi persoalan di atas adalah menunjukkan  *KESENGSARAAN* , mengapa pengundi PAS masih ingin memberi mandat sekali lagi kepada kerajaan pemerintah yang ada hari ini.

Kenapa ingin berterusan duduk di dalam kesengsaraan❓❓❓

Kepada pengundi PAS , pedulikan segala wayang gambar yang sedang di mainkan oleh Najib Razak dan Hadi Awang....pedulikan...

Pedulikan juga jika di masa PRU14 nanti akan ada pertandingan 3 penjuru di antara PAS , UMNO dan PPBM / AMANAH / KEADILAN atau DAP.

APA yang pengundi PAS kena lakukan adalah mengundi calon dari PPBM /  AMANAH / KEADILAN atau DAP , jangan di pangkah lambang dacing dan bulan lagi....kerana kita ingin MENUKAR KERAJAAN PEMERINTAH sekarang kepada KERAJAAN YANG BARU , yang lebih dinamik dan terbaik.

*SAJA NAK BAGITAU* , kalau PAKATAN PEMBANGKANG menang dan menjadi Kerajaan memerintah....PERDANA MENTERI nya masih lagi ORANG MELAYU.....AGAMA ISLAM masih lagi AGAMA RASMI....BAHASA KEBANGSAAN masih lagi BAHASA MELAYU dan RAJA-RAJA tetap masih KEKAL.

*SHUKUR MOHAMAD*
(ahli *PPBM* seumur hidup)

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...