TERKINI :

Saturday, December 17, 2016

Kesian Zahid..dah sampai tahap mintak doa dah nie..!!!

SAMPAI MINTA DOA, TANDANYA APA?

Bagaikan tidak cukup dengan pengakuan taat setia dan mengajak perwakilan berdiri bersama ikrarnya kepada Najib Razak semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi kali ini memohon agar didoakan hubungan mereka berdua terus berpanjangan.

Saya minta orang Bagan Datoh mendoakan hubungan saya dengan Najib terus berpanjangan sebagai pemimpin nombor satu dan dua, sebagai sahabat dan adik-beradik, kata Zahid dalam satu majlis bersama pemimpin masyarakat di Wisma Bagan Datoh, Perak.

Dalam majlis itu, selain mengimbas hubungannya dengan panjang dengan Najib iaitu bermula sebagai Setiausaha Politik pada 1 Oktober 1987,  Zahid turut menggambarkan dirinya sebagai seorang ahli politik yang tidak suka untuk menjatuhkan sesiapa.

Bukan jenis saya untuk menjatuhkan sesiapa, termasuk Perdana Menteri, sebab itu di Bagan Datoh ini saya selamat daripada tahun 1985 hinggalah sekarang, tambahnya lagi.

Selain tampak bersungguh-sungguh dan tidak henti-henti menyatakan kesetiaannya kepada Najib sejak akhir-akhir ini dan kemudian cuba menggambarkan dirinya sebagai pemimpin yang baik serta tidak suka menjatuhkan sesiapa, beliau kini memohon doa daripada orang-orang kampungnya pula.

Tidakkah semua ini seakan mengesahkan lagi hubungan Zahid dengan Najib sebenarnya sudah mula bermasalah?

Jika tidak bermasalah, kenapa sampai minta didoakan?

Tidak cukupkah dengan ikrar taat setia yang sudah berkali-kali dilakukan sebelum ini?

Selama enam tahun Muhyiddin Yassin menjadi timbalan kepada Najib, pernahkah beliau menyatakan ikrar setia berkali-kali dan memohon didoakan hubungannya agar berpanjangan sebagaimana yang Zahid lakukan sekarang?

Mengapa baru setahun lebih menjadi timbalan kepada Najib, sudah kelihatan hubungan Zahid dengan Perdana Menteri seperti bermasalah?

Lumrahnya manusia, kalau tidak sedang bermasalah, bukankah amat jarang mereka memohon didoakan?

Apabila mula memohon doa, maknanya bukan saja masalah sudah ada, bahkan bukan lagi biasa-biasa keadaannya.

Tapi apa masalah antara mereka?

Najib mahu menukar timbalannya atau Zahid ingin "melanggar" ketuanya?  (SH 17/12/2016).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...