TERKINI :

Friday, December 16, 2016

KERAJAAN ADA KUASA PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN MYANMAR

Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) melabelkan Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi sebagai pengganas antarabangsa kerana tidak mempedulikan nasib rakyatnya sendiri.

Presiden DMDI, Tan Sri Ali Rustam, berkata penerima Hadiah Nobel Keamanan yang selama ini dilihat sebagai pejuang keamanan, demokrasi dan kemanusiaan secara tiba-tiba berubah pendirian.

Mengapa kerajaan masih berdalih untuk gantung atau putuskan hubungan dengan kerajaan Myanmar? Sehingga bila sikap polemik ini akan berterusan dimainkan oleh segelintir pihak yang hanya mahu menangguk di air yang keruh.

Presiden DMDI, Tan Sri Ali Rustam sepatutnya perlu mendesak pimpinan negara Dato Seri Najib Razak untuk segera memanggil duta Malaysia di Yangon untuk pulang.

Juga perlu dalam menzahirkan kesungguhan kita, desakan juga perlu dibuat terhadap kedutaan Myanmar di Malaysia agar ditutup. Jika tidak tindakan "solidariti" ini boleh dianggap sesuatu yang sengaja dimainkan demi kepentingan politik.

Muhammad Syafiq Azmi
Ketua Pemuda AMANAH
Melaka
16 Disember 2016

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...