TERKINI :

Wednesday, December 21, 2016

Isu bergambar dengan Rabi yahudi, Dr Maza menjawab fitnah golongan yang cuba pertahankan ketua mereka

Politik Ulama

Saya pada awalnya, tidak mahu mengulas isu kehadiran 'orang politik' beramah mesra dengan ayatullah yang sedang meraikan pembunuhan rakyat Syria. Saya anggap itu adalah langkah politik yang selalu berlaku di mana-mana. Malangnya, gambar bersama seorang rabi yahudi saya semasa di Oxford beberapa tahun digunakan untuk serangan peribadi oleh geng parti berkenaan. 

Padahal saya sepatah pun tidak berkata apa-apa. Untuk pengetahuan, saya bukan orang politik. Gambar berkenaan saya ambil semasa menghadiri seminar anjuran Haron Yahya dari Turkey tentang Al-Quran and Science. Rabi itu juga hadir sebagai pembentang. Namanya Rabbi Abrahamson. Dia selalu bela rakyat Palestin dan sekarang dia sedang membela rakyat Syria. Ramai orang Arab ikuti fb beliau. Dia selalu bela nasib umat Islam. Di situ ada sedikit perbezaan dengan Khameini yang membunuh dan menyembelih umat Islam di Syria.

Namun saya katakan, sesiapa yang kritik orang politik ke Iran tak faham style politik sebenarnya.

Apakah yang hendak kita hairan dengan sesetengah ahli politik?! Jika semalam mereka memarahi orang bersalaman dengan Netanyahu kerana membunuh rakyat Palestin, hari ini mereka menghalalkan pemimpin mereka bersalaman mesra dengan pembunuh rakyat Syria.

Apa yang hendak kita pelik?! Tidakkah semalam mereka yang mengkafirkan parti dan pengikut parti tertentu sehingga tidak boleh berimam, tidak boleh makan sembelihan, tidak hadir kenduri, tidak boleh berkahwin dan segalanya. Ketika itu katanya : "kita menentang parti tersebut kerana parti itu dasar kafir dan jahiliah. Masuk ke dalam parti itu ertinya meredhai kekafiran". 

Akibatnya, solat 2 imam, terputus hubungan silaturahim, berberantakan rumah tangga BAHKAN ada yang mati terkorban bertempur sesama muslim. Akibat seruan 'perjuangan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan jika kita mati menentang puak-puak ini mati kita adalah mati syahid, mati adalah mati Islam".

Hari ini, setelah segala kerosakan berlaku, lidah yang sama menyebut 'Islam tidak menyuruh kita menumbangkan kerajaan', perpaduan sesama Islam itu lebih penting, 'kita ingin bekerjasama', 'politik matang' dan segalanya.

Dahulu, 'perlembagaan kafir, perlembagaan jahiliah'. Sekarang kita menjunjung dan menghormati perlembagaan.

Maka, taqiyah Syiah dan nifaq orang politik tidak banyak jauhnya. Hari ini mereka bersalaman mesra dengan pembunuh yang sedang meraikan pembunuhan rakyat Syria. Besok mereka akan menangis di hadapan rakyat tentang nasib rakyat Syria. Barangkali ini yang dimaksudkan oleh Said Nursi: "Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik".

Dr. Maza

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...