TERKINI :

Friday, December 9, 2016

Apabila Rizal Ghazali u.turn untuk kekal bersama Kedah....

Azmi serah pada pengurusan
Wartawan Sinar Harian
9 Disember 2016

Rizal Ghazali yang berada dalam radar Felda United kekal bersama pasukan Kedah bagi mengharungi musim 2017.

PENGENDALI Felda United, Azmi Mohamed akan menyerahkan kepada pihak pengurusan berkenaan tindakan Mohd Rizal Ghazali membuat 'pusingan U' kekal bersama Kedah.

Terdahulu, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar mengesahkan Rizal  kekal bersama skuad Hijau Kuning dan menafikan berita penghijrahannya ke pasukan lain. 

Menurut Azmi, tindakan itu menimbulkan sedikit keraguan kerana Rizal sudah  menandatangani kontrak bersama The Fighters.

"Kalau ikutkan sebelum ini, Rizal memang dah membuat keputusan untuk bersama Felda dan sudah pun menandatangani kontrak bersama kami.

"Keputusan Rizal berpatah balik ke Kedah itu...saya serahkan kepada pihak pengurusan.

"Status tersebut kita masih belum tahu dan masih menunggu keputusan akhir nanti," ujarnya.

Azmi turut mengesahkan senarai pemain akan membarisi Felda sudah hampir lengkap dan dalam fasa rundingan terakhir dengan beberapa pemain.

"Senarai pemain masih belum lengkap penuh, tapi boleh saya katakan progress kita 80 peratus.

"Kita sedang dalam rundingan terakhir dapatkan kembali Shahrul Saad, juga dalam perbincangan akhir mendapatkan penyerang import baru Argentina ganti Francis Forkey Doe," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...