TERKINI :

Monday, November 14, 2016

Zuraida samakan Jamal dengan Pinocchio

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin melihat insiden hidung berdarah menimpa ketua kumpulan Baju Merah semalam mempunyai kaitan dengan cerita fantasi dari Itali, Pinocchio.

"Jika sesiapa ingat kepada kisah Pinocchio, dia akan tahu mengapa hidung Jamal berdarah.

"Hidung Jamal semakin panjang dan dia tentu terlanggar dengan sesuatu yang keras dan mula berdarah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zuraida berkata demikian mengulas kejadian Datuk Seri Jamal Md Yunos yang berdarah hidungnya dalam satu pergelutan di pusat beli-belah Ampang Point semalam.

Ketika itu Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar sedang mengekori kumpulan Zuraida yang mengedarkan risalah serta mempromosi perhimpunan BERSIH5 yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Dalam pergelutan itu Jamal terjatuh dan sejurus kemudian hidungnya kelihatan berdarah.

Rakaman video menunjukkan Jamal menyalahkan anggota polis kerana menumbuknya.

"Polis tumbuk saya! Polis tumbuk saya!" jeritnya berkali-kali.

Bagaimanapun Jamal kemudian menyalahkan penyokong Zuraida dan menuduh "budak" pemimpin PKR itu memukulnya.

Jamal membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya semalam. Beliau mendakwa ditumbuk seseorang berpakaian baju BERSIH.

Sebagai seorang lelaki kata Zuraida Jamal sepatutnya berhenti membuli orang lain dan menyalahkan wanita.

"Sejauh mana dia akan mengarut?

"Mula-mula buli Marian Chin Abdullah (pengerusi BERSIH) dan Datuk S Ambiga (bekas pengerusi BERSIH). Sekarang dia membuli wanita PKR. Mengapa menyasarkan wanita? Ayuh, sertai kami jadi wanitalah!" katanya.

Zuraida juga mengingatkan Jamal bahawa membuat laporan paslu kepada polis adalah jenayah.

"Saya yakin polis akan mendakwa Jamal atas perbuatannya itu. Bukti mengenainya boleh dilihat - dia membuat laporan palsu dan ia dirakam video.

"Saya pasti - berdasarkan kepada bukti-bukti itu - akan mengambil tindakan undang-undang ke atasnya," kata Zuraida.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...