TERKINI :

Friday, November 18, 2016

Zul Hazmi : Catatan Sejarah Aku bersama Bersih1,2,3,4 & 5

AKU & BERSIH

Himpunan BERSIH sudah nak masuk yang ke-5 esok. Himpunan BERSIH bermula pada tahun 2007 diikuti tahun 2011, kemudiannya pada 2012 dengan tema Duduk Bantah. Bersih 4.0 diadakan selama 2 hari pada 29 - 30 Ogos 2015 dan esok BERSIH 5.

BERSIH 1 aku tak dapat turut serta kerana masa tu aku menjalani pembedahan apendiks di HUKM. Sedih sebab ramai sangat kawan-kawan turun tp aku di wad. Tapi lepas tu aku turut mengendalikan beberapa kes melibatkan tahananHimpunan BERSIH termasuk Allahyarhamuha Dr Lo'lo' Ghazali.

BERSIH 2 diadakan pada 9 Julai 2011. Kali ini aku berkobar-kobar nak turun ke lapangan tapi aku ditugaskan di bilik gerakan peguam di Pejabat Agung Parti lama aku di Jalan Raja Laut bagi memantau tangkapan dan perlanggaran hak asasi semasa himpunan berlangsung. Tapi ketagih nak turun menyebabkan aku keluar bilik gerakan dan turun ke Dataran Merdeka bersama Tuan Haji Asmuni Awi untuk berhadapan dengan polis yang menangkap siswi sebuah universiti di stesen lrt Masjid Jamek.

BERSIH 3 diadakan pada 28 April 2012. Sekali lagi aku bertugas sebagai peguam yang memantau himpunan. Kami peguam-peguam parti ketika itu berkumpul awal di Pejabat Agung untuk penyelarasan. Menariknya malam itu agak lewat, aku dapat panggilan dari bapa saudara aku dari kampung bahawa beliau sudah sampai di Stesen Bas Jalan Duta bersama rombongan Almarhum Tuan Guru Haji Salleh Musa. Aku bersama Abangahmad Kerdee terus ke Stesen Bas Jalan Duta untuk ambil rombongan Tuan Guru Haji Salleh Musa dan bawa depa ke The Zone KLCC. Kami tempatkan rombongan Tuan Guru di sana. Untuk ke The Zone, kami melalui beberapa sekatan polis tapi aku bagitau polis kami bawa rombongan Tuan Guru & kami lepas. Esoknya semasa perhimpunan Bersih, kelihatan Tuan Guru Hj Salleh duduk di atas kotak elektrik di persimpangan Jalan Tun Perak berhampiran Dataran Merdeka. Aku bersama Abang Ahmad Kerdee mengetuai perarakan pimpinan parti dari Pejabat Agung melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran.

BERSIH 4 diadakan dengan tema "occupy Dataran" selama 2 hari. Meriah. Ramai keluar dan bermalam di Dataran. Sejarah himpunan diadakan lebih 1 hari.

Esok BERSIH 5..... InsyaAllah aku akan bersama kawan-kawan ke Dataran Merdeka. Tshirt Bersih pun aku dah dapat dari seorang sahabat.

Apa tunggu lagi???? Jom BERSIH 5. Negara Kita Tanggung Jawab Kita.
#SatukanTenagaMalaysiaBaru

ZULHAZMI SHARIFF
18 November 2016

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1811011229173569&id=100007941282524

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...