TERKINI :

Tuesday, November 22, 2016

TG HJ HADI - Antara kehebatan dizaman dahulu dan sekarang

Tuan Guru Haji Hadi bukan nama kecil dalam negara kita, beliau naik melalui fenomena atau aura luar biasa dalam dekat 80an, malah jika ikutkan bacaan aku, beliau lebih dahulu masyhor berbanding Arwah TGNA sendiri, sebab TGNA hanya bermula sekitar tahun 90an selepas berjaya mengambil alih Kerajaan Kelantan.

Pengaruh TGNA naik mendadak setelah kejayaan menterjemahkan teori pemerintahan Islam dan perlaksanaan syariah didalam pemerintahan beliau, maka pengaruh TGHH mulai tenggelam sedikit kerana dibayangi pengaruh TGNA, walaupun Hj Hadi adalah ketua executive Pas sebagai Presiden parti, namun pengaruh dan kawalan keatas parti lebih didominasi oleh TGNA.

Bahkan segala keputusan parti lebih hampir sebagaimana kehendak dan keputusan TGNA, seperti isu unity government yang dicadangkan Hj Hadi terpaksa dibatalkan disebabkan tidak direstui TGNA, pada pengamatan aku, sepanjang Hj Hadi menjadi presiden diera TGNA beliau tidak dapat menterjemahkan polisi, pendekatan atau uslub politik beliau sendiri didalam Pas, beliau hanya seolah sekadar ketua pelaksana segala pendekatan TGNA.

Setelah TGNA tiada, tiada tokoh lain yang layak dan berpengaruh untuk mengambil alih peranan sebagai orang tua melainkan Hj Hadi, pada aku Mursyidul Am baru hanya sekadar mascot sahaja, mulai saat itu Hj. Hadi kuat dan bebas untuk menterjemahkan pendirian, kehendak dan pendekatan beliau sendiri didalam parti tanpa dibayangi pengaruh TGNA.

Sebagai seorang idealogue, murabbi dan spiritual leader yang baru Pas boleh dikatakan  pengaruh Hj Hadi sangat besar dan sangat terkesan kepada kebanyakan ahli dan penyokong Pas, keistimewaan dan kelebihan yang besar ini sangat jarang dimiliki oleh tokoh lain dalam negara ini hatta raja, mufti atau menteri mana sekalipun.

Apa yang beliau ucapkan dan mahukan nescaya akan ditaati atau diwalakan tanpa banyak soal oleh kebanyakan ahli, kelebihan ini wajar digunakan untuk kebaikan organisasi atau jemaah kerana jemaah yang berjaya adalah pemimpin yang berjaya mendapat ketaatan ahlinya, atas sebab itu juga, aku meletakkan harapan yang besar pada awal kepimpinannya.

Namun sebesar itulah juga kekecewaan aku bila melihat beliau U-turn, pusing- pusing roundabout, dan langgar divider yang beliau sendiri ucapkan, tuliskan, syarahkan dan tetapkan sebelum ini, buku-buku tulisan beliau yang aku baca dan hadamkan seperti Islam dan Nasionalisme, Islam dan demokrasi, politik dan agama menurut perspektive Islam.

Boleh dikatakan seolah telah dilupuskan atau dimansuhkan dan digantikan dengan pendekatan, pemikiran, kefahaman yang luar dan tersasar dari sunnah perjuangan Pas dan Gerakan Islam.

Mujurlah, dalam kelam kabut itu AMANAH lahir bagi meneruskan, wawasan, inspirasi, iltizam, ruh perjuangan, manhaj, pendekatan, tahaluf, uslub dakwah perjuangan dan segala hikmah kebijaksanaan dari wadah lama yang di nodai itu.

Amanah lahir bukan untuk mengkianati Pas , sebaliknya adalah untuk menyelamatkan perjuangan suci yang dikianati, Amanah bukanlah perjuangan sia-sia sebaliknya adalah perjuangan yang menjadi kemestian.

Hanya waktu mampu menjawabnya.

Mohd Asmawi Abdul Rahman
Parti AMANAH Negara,
Islam Rahmatan Lilalamin

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...