TERKINI :

Saturday, November 19, 2016

Tangkapan Pra-Bersih 5 hanya tambah kemarahan rakyat – Wan Azizah

Hari ini telah berlaku siri tindakan keras (“clamp down”) yang mengancam demokrasi negara kita. Ia bermula pagi tadi dengan pendakwaan pengarah KiniTV, Steven Gan, kerana membuat laporan berita satu ucapan Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan mengenai Peguam Negara, tegas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Wanb Azizah Wan Ismail.

“Ini diikuti penangkapan Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke, difahamkan kerana ucapan beliau di Konvensyen Pakatan Harapan minggu lalu; dan juga serbuan ke atas pejabat Bersih 2.0 serta penahanan Maria Chin dan Mandeep Singh.

“Saya mengecam sepenuhnya siri tindakan keras ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas media malam ini.

Beliau berkata, keadaan ini telah menimbulkan persepsi seolah-olah pentadbiran Dato’ Sri Najib tidak lagi memahami semangat demokrasi, tetapi seakan terpaksa menggunakan taktik kuku besi seperti tangkapan-tangkapan yang kita saksikan sekarang demi kepentingan politik kelompok kecil.

Pada masa yang sama, tegas Presiden KeAdilan itu, sekiranya ada pihak beranggapan bahawa tangkapan-tangkapan dan tindakan “clamp down” terkini ini akan mematahkan semangat juang dan menakutkan orang ramai dari menyertai perhimpunan aman Bersih 5, ia hanya menambahkan rasa marah rakyat.

“Ayuh kita bersatu hati, kumpulkan tenaga. Esok, kita turun untuk Bersih 5 dan ingatkan Putrajaya bahawa suara rakyat suara keramat!” gesa beliau.

www.AmanahDaily.com

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...