TERKINI :

Monday, November 21, 2016

Tangkapan Bersih 5: Lapan dibebaskan, lima masih ditahan

 Solidariti untuk semua tahanan Bersih 5
Seramai lima ahli politik dan tiga aktivis yang ditahan sebelum perhimpunan Bersih 5 semalam dibebaskan hari ini.

Kesemua mereka telah ditahan pada Jumaat lalu dan disiasat atas pelbagai kesalahan.

Mereka ialah Urusetia Bersih 2.0 Mandeep Singh; ahli DAP Ronnie Liu, Jimmy Wong dan Lee Khai Meng; ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan; aktivis pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, Anis Syafiqah Md Yusof dan Muhammad Safwan Anang.

Bercakap kepada pemberita selepas pembebasan tersebut, peguam Ramkarpal Singh berkata, perintah reman ke atas lapan individu tersebut tamat pada hari ini, oleh itu, mereka dibebaskan.

"Setakat yang saya tahu keseluruhan proses (boleh dicirikan) sebagai tahanan dengan niat untuk menghalang penyertaan mereka dalam Bersih 5.

"Ini adalah hal yang sangat memalukan kerana kita tidak nampak sebab atau keperluan untuk menangkap mereka semua pada malam sebelum Bersih," katanya.

Ramkarpal, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata, polis mempunyai masa yang cukup untuk menangkap dan menyoal anak guamnya sebelum Bersih 5.

"Jelas sekali, ini semua dilakukan dengan niat untuk menggagalkan Bersih 5," ujar beliau lagi.

Lima lagi yang ditahan semalam dijangka dibebaskan esok.

Mereka ialah Ahli Parlimen PKR Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen DAP Anthony Loke; aktivis Hishamuddin Rais dan Adun DAP Howard Lee.
Artis Fahmi Reza, yang membawa karikator Najib Razak dijangka direman sehingga esok.

Semua ditahan di bawah Kanun Keseksaaan atas tuduhan merusuh.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...