TERKINI :

Thursday, November 10, 2016

Syed Saddiq: Umno jangan talam dua muka

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

SHAH ALAM - Ketua Armada Parti Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengingatkan pemimpin politik agar tidak bersikap talam dua muka.

Mengulas mengenai surat terbukanya kepada Sultan Johor, yang mendapat kenyataan balas daripada Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Datuk Syahrin Md Jamaludin, Syed Saddiq berkata, Umno perlu konsisten dalam perjuangan mereka.

"Saya nak tanya di manakah Umno apabila Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim), disindir oleh (Datuk Seri) Nazri Aziz, YB sendiri nak 'whack' TMJ, tetapi Umno tidak sekali pun label beliau sebagai seorang yang biadap.

"Malah ada juga yang mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Nazri. Perbezaannya, saya tak lah ugut kata nak 'whack' orang yang tak setuju dengan saya.

"Saya karangkan satu surat yang menggunakan bahasa istana dan pastikan bahawa surat tersebut mencerminkan budaya budi bahasa di Malaysia. Hormat itu tetap. Rakyat dan raja berpisah tiada. Jangan talam dua muka, sokong hanya apabila ia membawa kebaikan kepada diri sendiri. 'Be consistent', 'be principled'. Jangan jadi seorang hipokrit," katanya dalam satu kenyataanya hari ini.

Syed Saddiq berkata demikian bagi mengulas kenyataan Syahrin Md Jamaludin yang mengingatkan beliau agar tidak biadap terhadap Sultan Johor.

[ARTIKEL BERKAITAN:Syed Saddiq, jangan jadi biadap!']

"Seluruh rakyat Johor menyanjung tinggi titah tuanku yang mengharamkan sebarang perhimpunan yang boleh menjejaskan perpaduan serta keselamatan rakyat...tapi tiba-tiba pemimpin muda mentah ni nak berlaku biadap dengan sultan kami.

"Dia sanggup mengetepikan adab dan membutakan mata hati melihat sesuatu isu dalam skop lebih luas semata-mata kerana kepentingan politik," petik kenyataan Syahrin.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Syed Saddiq berkata beliau tidak kisah dengan panggilan kasar  tersebut terhadapnya.

"Panggil lah saya mentah kerana budak mentah inilah yang akan berjuang untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN demi negara tercinta," katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq telah mengeluarkan surat terbuka kepada Sultan Johor selepas baginda melarang perhimpunan haram di negeri Johor.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...