TERKINI :

Thursday, November 10, 2016

Seramai 68 pelajar MRSM Baling dibawa ke Hospital Baling akibat keracunan makanan.

Hospital Baling

BALING - Seramai 68 pelajar MRSM Baling dibawa ke Hospital Baling akibat keracunan makanan.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail, berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Baling menerima notifikasi kejadian keracunan makanan dalam kalangan pelajar tingkatan dua hingga lima pada 8 malam semalam.

Menurutnya, siasatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Baling mendapati 61 perempuan dan 7 lelaki daripada keseluruhan 882 pelajar MRSM Baling untuk mendapatkan rawatan.

"Daripada jumlah itu seramai 21 perempuan dan dua lelaki dimasukkan ke wad dan selebihnya pesakit luar.

"Tiada pelajar tingkatan lima dimasukkan ke wad, kebanyakan pelajar mengalami gejala cirit birit, muntah dan loya yang bermula jam 3 pagi pada 7 November lalu,"katanya.

Beliau berkata, punca disyaki dari makanan sambal merah yang di makan bersama nasi putih, nasi goreng dan ayam goreng yang dibeli dari kafe MRSM.

Menurutnya, tindakan susulan dilakukan ialah penutupan kafe MRSM Baling di bawah akta kawalan penyakit berjangkit 1988.

"Tindakan kawalan lain yang dijalankan adalah pengesanan kes secara aktif di sekolah dan diberi rawatan sewajarnya.

"Sempel makanan dan persekitaran untuk ujian makmal juga diambil.

"Pendidikan kesihatan meliputi kebersihan meliputi aspek kebersihan dan keselamatan makanan termasuk konsep lihat, hidu dan rasa telah dijalankan kepada pelajar dan pengurusan sekolah,"katanya.

Tambahnya, pemantauan dan siasatan lanjut masih dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Baling.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...