TERKINI :

Tuesday, November 1, 2016

PENGULAS SUKAN HARUS LEBIH BERHATI- HATI, JANGAN BERKELAKU SEPERTI FINAL PIALA MALAYSIA TEMPOHARI..!!

Seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat bolasepak di Malaysia mengucapkan terima kasih kepada TV3 kerana sepanjang siaran lansung final Piala Malaysia kualiti liputan amat baik.

NAMUN, sayang seribu kali sayang akibat keceluparan dan sikap kurang hati- hati pengulas dari TV3 menyebabkan ramai peminat sukan marah dan sedikit sebanyak TV3 menerima tempiasnya.

' GOL NASIB' itulah komen pengulas tersebut apabila Rizal Ghazali menjaringkan gol pertama Kedah semalam. Namun kenyataan beliau segera disanggah oleh Dollah Salleh, menurut Dollah gol tersebut tidak boleh dikira nasib kerana rembatan padu dari jarak begitu mungkin menerjah gawang jika tidak ada ' reflection'.

Kenyataan dari coach Dollah jelas menunjukkan tidak semua gol reflection boleh dianggap nasib. Cara tendangan, jarak dan kedudukan pemain diambil kira sebelum sesuatu gol dikatagorikan nasib. Larian yang baik, setpieces menarik antara midfield terlebih dahulu disusun oleh pasukan kedah sebelum lorongan kepada Rizal, dan rizal melepaskan tendangan yg padu sebelum terkena pertahanan selangor dan bola lob sejurus reflection menjadikan gol terdebut juga tampak menarik.

Diharap menjadi pengajaran kepada pengulas tersebut, jaga sensetiviti, jangan ikut sedap mulut, Dato Rahim Razali, Allahyarham Dato Hasbullah Awang dan ramai lagi lagenda pengulas sukan pun tak pernah sebarang katagorikan gol nasib dalam satu2 perlawanan penting dan amat berhati2 dalam ulasan, inikan pula kamu budak hingusan dan setahun jagung.

Saya amat berharap pengulas sukan tersebut segera memohon maaf atas keceluparan beliau.

- BEKAS PENGULAS JUGAK.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...