TERKINI :

Wednesday, November 2, 2016

Pemuda Amanah ajak Pemuda Umno Selangor sepentas berdebat isu air dan isu negara dari membaling timba

*KENYATAAN MEDIA*

MENYELAR TINDAKAN BIADAB PEMUDA BN BERDEMO DI HADAPAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Pemuda AMANAH Negeri Selangor menyelar tindakan biadap dan beremosi Pemuda BN ketika mengadakan demonstrasi di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 1hb November 2016.

Untuk makluman, isu air ini telah pun dijelaskan oleh YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor sendiri apa sebenarnya yang telah berlaku dan kerajaan negeri serta Lembaga Urus Air Selangor sedang berusaha keras memulihkan keadaan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di dalam negeri selangor.

Laporan penuh berkenaan isu air ini telah pun diperjelaskan dan dibahas oleh Menteri Besar sendiri baik di dalam sidang DUN dan mahupun sidang Parlimen dengan membuat kenyataan berkenaan langkah-langkah pemulihan.

Mengikut laporan yang telah dikeluarkan, kami berpendapat memang ada unsur-unsur sabotaj yang telah dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk menyusahkan rakyat.

Kami juga menyelar tindakan peserta demonstrasi yang membaling objek seperti baldi dan botol minuman di hadapan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Ini menunjukkan tindakan mereka tidak berakhlak dan tidak bermoral.

Saya mencabar rakan sejawat saya, Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Bin Dato' Zainal untuk memberi jalan penyelesaian masalah besar negara seperti kenaikan harga minyak petrol, penarikan subsidi minyak masak , penarikan biasiswa pelajaran yang jelas lagi terang menyusahkan rakyat.

Pemuda AMANAH Negeri Selangor bersama Pemuda Pakatan Harapan bersedia berdebat dengan mana-mana pihak termasuk Pemuda UMNO Negeri Selangor bagi menjelaskan isu-isu rakyat termasuk isu air dan lain-lain demi kepentingan rakyat negeri Selangor.

Tidak ada keperluan berdemo dengan emosi dalam menunjukkan ketidak puashatian dan sebenarnya menunjukkan kepada rakyat akhlak yang buruk pewaris kepimpinan UMNO.

*Abbas Azmi*
*Ketua Pemuda*
*Parti AMANAH Negeri Selangor*
*2hb November 2016*

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...