TERKINI :

Friday, November 18, 2016

Maria, kakitangan BERSIH ditangkap, komputer dirampas | Jom #BERSIH5



Polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menyerbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya petang ini, sehari sebelum perhimpunan besar mereka esok.

Selepas tidak dibenarkan keluar dari pejabat itu atau berhubungan selama hampir dua jam, anggota polis kemudiannya keluar dengan membawa Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah dan pegawai sekretariat gabungan itu, Mandeep Singh Karpal.

Kedua-dua mereka dilaporkan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Tweet BERSIH juga melaporkan polis merampas sepuluh komputer riba dan kenyataan bank serta gaji BERSIH.

Sebelum ini, Mandeep Singh berkata serbuan itu dijalankan bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Kira-kira 10 anggota polis di pejabat kami sekarang. Kami dimaklumkan mereka mahu rampas sesuatu.

“Peguam kami sedang uruskannya,” kata Mandeep ketika dihubungi Malaysiakini.

BERSIH disiasat susulan dakwaan mereka menerima dana besar daripada Open Society Foundation, yang diasaskan hartawan George Soros.

Selain menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH turut menuntut pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam himpunannya esok.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...