TERKINI :

Friday, November 18, 2016

Mahkamah tolak permohonan peniaga halang demo 19 Nov


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan tiga kumpulan untuk menghalang BERSIH5 dan perhimpunan Baju Merah, Sabtu ini.

Hakim S Nantha Balan berkata plaintif dalam permohonan injuksi inter-parte tidak menunjukkan merit dan beliau justeru menolaknya.

Beliau juga menyuarakan rasa terkejut apabila peguam BERSIH dan Baju Merah sama-sama menolak permohonan itu.

“Luar biasa sekali Baju Kuning dan Baju Merah boleh sepakat terhadap permohonan injuksi peniaga-peniaga di dan sekitar Dataran Merdeka,” katanya, ketika memulakan keputusannya.

Penghakiman itu disampaikan pada 7.20 petang ini dan tamat 15 minit kemudian.

Nantha Balan juga berkata mahkamah tidak dapat mengisytiharkan sesebuah perhimpunan itu sebagai haram.

Permohonan itu dibuat oleh persatuan peniaga di Jalan Masjid India, Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman traders dan Medan Mara di Kuala Lumpur.

Mereka mendakwa mewakili kira-kira 1,000 peniaga.

Mereka menamakan pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, Bersih & Adil Network Sdn Bhd, dan Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia dan pemimpin mereka Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Saman itu difailkan oleh tetuan Rabia dan Farain.

Peniaga-peniaga mendakwa mereka rugi kira-kira RM800 sehari dan lebih banyak lagi ketika hujung minggu dan bimbang perhimpunan Sabtu itu menjejaskan pendapatan mereka.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...