TERKINI :

Sunday, November 6, 2016

Mahfuz persoal kerajaan pilih syarikat China disenarai hitam untuk projek ECRL


Mahfuz Omar

Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoal projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang diberikan kepada kontraktor dari China, China Communication Construction Company Ltd (CCCC) tanpa melalui tender terbuka.

Beliau berkata, kos projek sepanjang 600 kilometer yang sepatutnya berharga RM30 bilion kini telah naik menjadi RM55 bilion bersamaan RM92 juta untuk 1 kilometer.

"Adakah CCCC lebih awal 'membeli' penjawat awam No. 1 Malaysia (#MO1) untuk memperolehi projek ECRL melebihi RM25 billion dari harga awal RM30 billion.

"Maka secara tidak langsung kos curi dan korupsi kerajaan Malaysia terpaksa ditanggung oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga kesal apabila keajaan memilih syarikat yang disenarai hitam oleh Bank Dunia.

"Kontraktor CCCC yang dianugerah projek ini adalah syarikat yang telah disenarai hitam oleh Bank Dunia kerana menipu dengan mengamalkan rasuah serta licik membeli penjawat awam untuk memperoleh dan melaksanakan sesuatu projek di setiap negara yang menganugerahrahkan projek kepada mereka.

"Bukan sahaja disenarai hitam oleh World Bank, malah CCCC juga terlibat dalam skandal lain, antaranya di Malta, Tanzania dan Kenya. Sebuah skandal melibatkan tindakan CCCC dalam merasuah penjawat awam di negara terbabit," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...