TERKINI :

Saturday, November 19, 2016

Mahfuz cabar PM buka laporan audit 1MDB pada umum


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meminta rakyat menunggu laporan Audit Negara untuk mendapatkan jawapan mengenai 1MDB, tetapi selepas ia siap, mereka yang mendedahkan laporan itu, dipenjarakan.

"Kini bila laporan audit dah selesai diaudit dan siap untuk menjadi tetapan umum, malangnya Najib dengan tiba-tiba mengklasifikasikan laporan tersebut sebagai rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi.

"Persoalannya apa 'motif' Najib mengarahkan siasatan audit dilakukan jika untuk dirahsiakan.

"Untuk apa audit dilakukan ke atas 1MDB kalau tak boleh dimiliki dan diketahui rakyat Malaysia," kata Mahfuz dalam satu kenyataan semalam.

Mahfuz merujuk kepada keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara ke atas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli kerana mendedahkan sebahagian daripada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.

Tambahnya, Rafizi dikenakan hukuman penjara hanya kerana berani mendedahkan penyelewengan dana kerajaan, sebaliknya mereka yang didakwanya terbabit dalam salah laku 1MDB yang membabitkan wang rakya seperti seperti Riza Aziz dan Jho Low, terus 'bebas merata'.

Mahfuz berkata adalah lebih baik dari awal lagi tidak diaudit sekiranya kerajaan berhasrat untuk merahsiakannya.

Katanya, jika Najib tidak terbabit dalam skandal 1MDB, maka tidak ada keperluan untuk merahsiakannya.

"Kenapa perlu takut untuk dedahkan kepada umum?

"Saya cabar perdana menteri menjadikan dokumen laporan audit 1MDB dibuka untuk tetapan umum," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...