TERKINI :

Tuesday, November 8, 2016

Krisis air: Kedah perlu umum hasil tubuh JK bertindak

Apakah tindakan semasa Jawatankuasa Khas Bertindak Krisis Air Kedah yang ditubuhkan oleh Kerajaan BN Kedah menangani krisis air berlanjutan di Kedah pada Julai lalu yang dilihat kini menyepi dan tidak menampakkan hasil penubuhan kepada rakyat Kedah.

1) Julai lalu jawatankuasa ini telah mengumumkan untuk menambah bilangan lori agihan air Sada. Daripada jumlah asal yang disebut 100 buah lori, berapakah jumlah terkini bilangan lori yang telah ditambah?

2) Apakah penemuan jawatankuasa tersebut terhadap punca masalah sebenar ketiadaan bekalan air yang terus dilaporkan kini? Kenapa tidak didedahkan kepada awam supaya rakyat tidak panik dan lega mendapat penjelasan kerajaan.

3) Jika ditambah lori agih air, adakah jawatankuasa ini juga melihat kepada penambahan tenaga kerja bagi memastikan pengagihan air di tempat bermasalah tersebut diselesaikan segera dan sampai bantuan.

4) Berapakah jumlah tong air yang diumumkan diberikan secara percuma di parlimen yang berkenaan? Adakah agihan itu berjalan baik dan mencapai sasaran penerimaan?

5) Apa perkembangan terkini berkenaan cadangan awal jawatankuasa tersebut untuk menggunakan teknologi mudah alih (portable) bagi mengagihkan air ke loji Sada bagi menyelesaikan krisis jangka pendek dan minimumkan masalah pada masa akan datang.

6) Apakah jaminan dan respons Exco Kerajaan yang memegang portfolio air di Kedah, YB Datuk Badrol Hisham Hashim bagi melegakan rakyat Kedah yang menderita dengan krisis bekalan air ini?

Dengan pelbagai aduan semasa rakyat Kedah, pihak kami menggesa Kerajaan BN Kedah mengumumkan segera hasil gerak kerja jawatankuasa khas tersebut kepada rakyat Kedah atau kami akan terus menganggap penubuhan jawatankuasa ini sebagai gagal dan sia-sia. - HARAKAHDAILY 7/11/2016

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...