TERKINI :

Monday, November 21, 2016

Kerajaan BN NAJIB yang ZALIM, AKTA PENGGANAS diguna keatas rakyat urus perhimpunan di bawah Akta Perhimpunan Aman



KEZALIMAN UMNO BN SAMPAI KE KEMUNCAKNYA APABILA AKTA UTK MEMBENDUNG KEGANASAN DISALAHGUNA UTK MEMANGSAKAN SEORANG NENEK TUA BERNAMA MARIA CHIN. SESIAPA YG MASIH MENYOKONG UMNO BN MAKA SAMA2LAH KAMU MENANGGUNG DOSA KEZALIMAN INI

Bukti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012/SOSMA Disalahguna dalam Memangsakan Rakyat yang Berani Bersuara Melawan Rasuah dan Salahguna Kuasa*

Tangkapan dan penahanan hampir 20 orang aktivis dan pemimpin pembangkang berkaitan himpunan aman #Bersih5 dan kemudiannya penahanan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah di bawah akta SOSMA membuktikan akta yang diwujudkan kerajaan BN untuk méngawal pengganas telah disalahgunakan dalam memangsakan hak rakyat bersuara mendesak pilihanraya adil dan bebas.

Dimanakah janji kerajaan bahawa akta SOSMA tidak akan sesekali digunakan untuk tujuan politik, tetapi diwujudkan bagi membendung pengganas? Sehinggakan mantan peguam negara pun menyuarakan tiada mekanisme imbangan bagi mengawal pelaksanaan akta SOSMA sebelum ianya berkuatkuasa. SOSMA kini digunapakai tanpa kewujudan jawatankuasa lindung jamin atau 'check and balance' pelaksanaan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 SOSMA?"[1]. Ternyata kita punyai kerajaan yang rabun undang-undang.

Penangkapan semberono ini beserta penyalahgunaan SOSMA jelas membuktikan kegusaran pembangkang ketika menolak pengenalan undang-undang SOSMA, POTA dan POCA yang diketahui memberi kuasa mutlak kepada kerajaan Datuk Seri Najib Razak tanpa kebertanggungjawaban. Di bawah SOSMA, Maria Chin kini tidak dibenarkan bertemu dengan peguam selama 28 hari!

Akhirnya jelas bahawa akta SOSMA, POTA dan NSC yang diluluskan dengan kadar yang luar biasa pantas tahun ini bukanlah untuk membendung pengganas dan aktiviti keganasan tetapi menakutkan rakyat daripada menyuarakan salahguna kuasa dan dana oleh kerajaan. [2]

Sebaliknya, tangkapan sebelum,semasa dan selepas perhimpunan merupakan tindakan yang bukan sahaja bertentangan dengan amalan demokrasi, bahkan juga menampakkan sifat kerajaan yang mengamalkan kediktatoran.

Kerajaan sering mengumumkan kononnya mereka menganjurkan amalan demokrasi yang sihat dan membuka ruang kebebasan bersuara yang inklusif. Namun tindakan menangkap aktivis, mahasiswa dan ahli parlimen dilihat bertentangan dengan apa yang mereka anjurkan. [3]

Senarai tahanan oleh kerajaan Dato' Seri Najib Razak setakat ini adalah seperti berikut:
1. Maria Chin Abdullah
2. Mandeep Singh
3. YB Anthony Loke
4. Arul
5. Ronnie Liu
6. Luqman Hakim
7. Jimmy Wong
8. Lee Khai Ming
9. Anis Syafiqah
10. Safwan Anang
11. YB Tian Chua
12. YB Zuraida Kamaruddin

Justeru, saya seru agar kerajaan membebaskan kesemua tahanan tanpa syarat kerana perhimpunan aman semalam terbukti berlangsung dengan jayanya. Hentikan perbuatan menyalahgunakan akta untuk menangkap aktivis dan pemimpin pembangkang hanya kerana perbezaan pendapat.

Rakyat sudah semakin jelik dengan pentadbiran negara yang mana jelas dibuktikan dengan himpunan puluhan ribu rakyat di Pusat Bandaraya semalam. Apakah selepas ini Dato’ Seri Najib Razak bakal umumkan kawasan demonstrasi sebagai kawasan darurat dan menggunapakai akta NSC atas alasan “keselamatan” versi kleptokrat?

Selamatkan Malaysia! #BebasMaria #BebasAnwar #BebasRakyat

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...