TERKINI :

Sunday, November 20, 2016

KENYATAAN MEDIA : KECAM OPS BERSIH DAN PENANGKAPAN KE ATAS AKTIVIS BERSIH DAN AHLI POLITIK PEMBANGKANG

20 November 2016

Angkatan Muda Keadilan mengecam sekeras-kerasnya penangkapan aktivis Bersih dan ahli politik pembangkang seperti yang tersenarai di bawah;

Maria Chin Abdullah
Mandeep Singh Karpal Singh
S Arutchelvan
Ronnie Liu
YB Anthony Loke
YB Howard Lee
Lee Khai Meng
Wong Chee Wai
Anis Syafiqah
Muhamad Luqman Nul Haqim
Hishamuddin Rais
Muhammad Safwan Anang
YB Zuraida Kamaruddin
YB Tian Chua

Siri tangkapan ini adalah satu bentuk intimidasi dan pelanggaran hak asasi rakyat Malaysia. Hakikatnya pihak Polis Di Raja Malaysia dan pemerintah telah menyalahgunakan kuasa mereka untuk melakukan siri tangkapan ini.

Hakikat bahawa BERSIH selaku penganjur telah memberikan kerjasama yang tinggi kepada pihak PDRM sebelum dan semasa perhimpunan dan telah bergerak di dalam ruang lingkup yang dibenarkan dalam sistem demokrasi dan Perlembagaan negara ini. Tindakan PDRM dan pemerintah ini adalah satu bentuk pencabulan hak rakyat dan Perlembagaan Malaysia.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak injuksi untuk menghalang himpunan Bersih 5 dan kenyataan pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail yang menegaskan bahawa berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), semua rakyat Malaysia termasuklah penjawat awam, pelajar universiti, ahli akademik dan guru mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata. Tindakan atau sebarang kenyataan untuk menghalang hak ini juga adalah menyalahi Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan iaitu hak kepada kebebasan berhimpun secara aman.

Angkatan Muda Keadilan mendesak agar pihak PDRM dan Kerajaan UMNO/Barisan Nasional untuk segera membebaskan kesemua tahanan tanpa sebarang syarat. Tindakan menggunakan SOSMA dan kanun keseksaan yang lain untuk menahan mereka ini adalah satu bentuk salahguna kuasa oleh pihak PDRM dan Kerajaan UMNO/Barisan Nasional.

Angkatan Muda Keadilan juga akan mula mengerahkan anggota dan rakyat Malaysia untuk berhimpun di lokasi-lokasi penahanan pimpinan dan aktivis Bersih, sebagai tanda solidariti dan tunjuk perasaan serta sebagai satu bentuk tekanan kepada pihak PDRM dan Kerajaan UMNO/Barisan Nasional untuk segera membebaskan tahanan-tahanan ini tanpa syarat.

Dr Afif Bahardin
Timbalan Ketua
Angkatan Muda Keadilan

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...