TERKINI :

Thursday, November 3, 2016

Kenapa Pas sudah mahu berunding bertanding 1 lawan 1?

1. Pendekatan keras Pas menambahkan sokongan kepada Amanah termasuk dikalangan ahli Pas

2. Amanah sedang hebat menubuh cawangan (akar umbi) walaupun baru setahun ditubuhkan. Jika Pas tidak bersama pembangkang lain, Amanah akan mengantikan terus tempat Pas. Pas selalu megah kerana mempunyai akar umbi. Jika Amanah sudah mempunyai akar umbi ditambah dengan Bersatu. Apa lagi kekuatan yang ada pada Pas?

3. PKR mahu bersama Pas kerana PKR kurang kekuatan akar umbi. Malah Pas selalu memandang rendah kepada PKR kerana bergantung kepada Pas. Jika Amanah dan Bersatu mempunyai kekuatan akar umbi. Adakah PKR akan bergantung lagi kepada Pas?

4. Pertembungan sebenar jika berlaku 3 penjuru adalah antara PH dan BN. Pas ditempat ke 3 . Bila Umno pecah kepada Bersatu. Undi BN akan mengurang undi PH+Bersatu akan bertambah dan PH+Bersatu boleh menang walaupun 3 penjuru.

5. Populariti Dato Husam meningkat mendadak selepas sidang DUN . Rakyat Kelantan dalam mood mahu berubah , bukan kepada BN tetapi kepada selain Pas dan BN. Jika Pas masih kekal mahu 3 penjuru , Kelantan akan tumbang kepada PH+Bersatu.

6. Selepas sidang Parlimen , Pas baru nampak permainan Umno tetapi tidak mahu mengaku. Umno hanya menggunakan Pas pada waktu ini kerana Pas ada Kelantan dan kerusi parlimen serta DUN. Umno hanya mahu berlaku 3 penjuru melalui pendekatan keras Pas. Apabila Umno sudah menang dan Pas sedikit kerusi. Adakah Umno akan bersikap lunak dengan Pas seperti hari ini?

7. Pas berdepan dengan masalah hilang kepercayaan oleh rakyat. Bukan sahaja Pengundi bukan Islam malah pengundi Melayu. Pendekatan berbaik dengan Umno tidak menambah undi kepada Pas sebaliknya pengundi Pas semakin lari dari Pas. Semakin kuat kezaliman Umno kepada rakyat, semakin marah pengundi bukan sahaja kepada BN tetapi juga kepada Pas.

8. Kelemahan kepimpinan Presiden Pas walaupun dinafikan sudah memjadi isu dalam Pas. Presiden Pas menjadi liabiliti yang melemahkan Pas. Tidak pernah ada seorang Presiden Pas yang dikecam sebegini teruk walaupun bekas Presiden Pas itu sertai Umno. Pendekatan keras Presiden Pas jika diteruskan akan menengelamkan parti itu. Pendekatan bertanding 1 lawan 1 akan menyelamatkan Presiden Pas dari terus dikecam nitizen.

9. Tawaran bersama PH+Bersatu terhadap Pas semakin berkurang. Kepimpinan PH+Bersatu sudah mula membina kakuatan gabungan tanpa Pas untuk menghadapi BN. BERSIH 5 menjadi simbol penyatuan. Jika BERSIH 5 berjaya menarik kehadiran ribuan rakyat terutama orang Melayu . Tawaran PH+Bersatu kepada Pas akan semakin menipis. Justeru, Pas perlu mengelak menjadi pembangkang tidak penting dengan menerima tawaran 1 lawan 1.

10. Kemarahan nitizen kepada Pas boleh disaksikan melalui luahan , kritikan dan kecaman dalam media sosial. Kemuncaknya ke tahap kritikal di mana PH+Bersatu diancam supaya tidak merayu kepada Pas. Malah , sudah ramai yang tidak mahu mengundi Pas walaupun bergabung bersama PH+Bersatu. Untuk mengurang kemarahan nitizen kepada Pas. Tawaran 1 lawan 1 perlu diterima Pas.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...