TERKINI :

Friday, November 11, 2016

KEMENANGAN TRUMP ADALAH FENOMENA 'ANTI ESTABLISHMENT' - MAHFUZ

Kenyataan Media

1. Fenomena Brexit di Britain yang memaksa PM Britain meletakan jawatan dan kemenangan Donald Trump di Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat adalah fenomena 'anti establishment' dari rakyat kepada golongan pemerintah.Fenomena ini jugalah yang mempengaruhi kemenangan Rodrigo Duterte sebagai Presiden di Filipina, yang merupakan manifestasi 'anti establishment' terhadap golongan kleptokrasi Filipina .

2. Rakyat bila dah 'cemuih', meluat dan menyampah (fed up) walaupun Trump tidak popular dan di label sebagai 'kaki perempuan' serta tidak mempunyai jentera yang kuat,juga tidak didukung oleh kepimpinan partinya sendiri iaitu Republikan, tetapi matlamat rakyat bawahan ialah mahu keluar dari bebanan kos hidup yang tinggi yang gagal ditanggani oleh pemerintah.

Melalui Piliharaya Presiden adalah kesempatan serta peluang yang diambil rakyat untuk melakukan reformasi menyekat kesinanambungan kuasa politik Demokrat untuk terus memerintah Amerika, maka rakyat memilih Trump dari Republikan.

3. "Saya bukanlah penyokong Trump mahupun Hillary Clinton tetapi saya begitu teruja dengan keberanian dan kebijaksanaan rakyat marhaen Amerika walaupun mereka lebih senang dari rakyat Malaysia,mereka berani bangkit melakukan reformasi terhadap kerajaan yang pada mereka gagal melindungi dan memperbaiki taraf hidup rakyat marhaen".

Saya percaya mungkin juga mereka pernah digula-gulakan seperti BR1M ,dengan retorik perkauman dan keagamaan serta disumbat dengan projek-projek berbilion dollar sepanjang Obama dan Demokrat memerintah Amerika, tetapi bila mereka dah 'cemuih' dan meluat , mereka akan 'humban' parti yang memerintah".

4. Diharap juga,fenomena sebegini akan berlaku pada PRU14 di Malaysia.Rakyat perlu berani dan bijak untuk buat pilihan. Keadaan pemerintah 'kleptokrasi' di Malaysia lebih buruk jika dibanding dengan Amerika, begitu juga dengan beban kos sara hidup rakyat marhaen yang tinggi berbanding dengan pendapatan. Sudah sewajarnya rakyat bangkit membuat perubahan dengan 'menghumban' UmnoBn. Semua pemerintah persekutuan atau negeri di Malaysia perlu bersedia berdepan dengan rakyat. Ingat!.. one day the 'rakyat' will kick U out!

*_#SingkirPemerintahKleptokrasi_*.
*_#PilihKerajaanBerintegriti_*.
*_#SelamatkanMalaysia_*
*_#RakyatTidakMudahDigulaGulakan_*
*_#UbahDemiMasaDepan_*

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
16:30pm Parlimen Malaysia
10 Nov 2016/10 Safar 1438H

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...