TERKINI :

Friday, November 11, 2016

KALAU TUN M KERETA ANTIK, NAJIB DAN PEMIMPIN UMNO SEPERTI KERETA APA?



Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa yang kalah pada pilihanraya 1990, tetapi kemudian dikutip oleh Tun Mahathir Mohamad untuk dijadikan menteri, menganggap kehadiran bekas Perdana Menteri itu di Parlimen semalam umpama membawa kereta antik ke perlumbaan Formula 1.

Katanya, kereta antik memang cantik untuk dipandang, namun tidak relevan untuk berlumba.

Annuar berkata demikian untuk memperlekeh kehadiran Tun Mahathir buat kali pertama ke Parlimen untuk bersama-sama Ahli-Ahli Parlimen pembangkang membincangkan mengenai kencenderungan kerajaan menggunakan ancaman OSA dan Akta Hasutan terhadap mereka.

Tun Mahathir, selain mengatakan Bangunan Parliman sekarang hanya cantik di luaran tetapi tidak dalam pengisian, juga mengimbas era pemerintahannya selama 22 tahun yang tidak pernah menghalang kebebasan bersuara di Parlimen, meskipun pelbagai tuduhan liar seperti Mahazalim dan Mahafiraun sering ditujukan kepadanya.

Mesej kehadiran beliau tentu saja difahami oleh rakyat dan menunjukkan wujudnya perbezaan yang ketara dengan pemerintahan Najib Razak sekarang.
Sebagai Ketua Penerangan UMNO dan mungkin masih berharap untuk dilantik semula sebagai menteri, kerja Annuar selain membela Najib, tentu saja memperlekeh apa jua yang dilakukan oleh Tun Mahathir.

Dengan mengumpamakan bekas Perdana Menteri itu  seperti kereta antik, walaupun bertujuan memperlekeh, Annuar yang kini merupakan antara panglima Najib Razak, secara tidak langsung mengakui  kehebatan dan bernilai tingginya Tun Mahathir di mata umum.

Tun Mahathir dengan gambaran yang sedemikian, bermakna tidak pernah susut harga dan sentiasa bernilai tinggi kepada rakyat jelata.

Tetapi, jika Tun Mahathir digambarkan seperti kereta antik, Najib  selayaknya diumpamakan seperti apa pula?

Kereta potong? Kereta recond? Kereta remote control?

Atau kereta yang sudah rosak di sana sini dan wajib dijual dan ditukar dengan yang baru?

Begitu juga dengan barisan anggota kabinet dan pemimpin UMNO yang ada, mereka sebenarnya seperti apa?

Tidakkah hampir semuanya tidak lebih bagaikan kereta potong atau kereta recond yang hanya kelihatan cantik di atas jalan, sebaliknya banyak bertampal serta berkimpal di sana sini?

Malah, jika pun mahu disamakan seperti kereta Formula 1, tiada di antara mereka, termasuk Najib yang layak pun untuk menghabiskan pusingan perlumbaan sehingga tamat persaingan.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang ada, termasuk Annuar Musa antaranya,  hanya tahu mengaum dan menderum dengan kuat, tetapi seperti kebanyakan kereta Formula 1 tidak berjenama terkenal atau sentiasa kurang bajet, sering saja terkandas dan terbabas seawal pusingan pertama lagi.

Hanya jika ada tambahan bajet atau munculnya penaja, barulah mereka akan mengaum dan menderum lagi di perlumbaan seterusnya, tetapi tetap tidak mampu menamatkan pusingan, jauh sekali mengimpikan menaiki podium.

Sebaliknya, kereta antik tetap berseri dan nilainya bertambah tinggi dengan semakin berlalunya masa. (SH 09/11/2016).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...