TERKINI :

Wednesday, November 2, 2016

Harga minyak mentah masih jatuh pagi ini

RABU, 2 NOVEMBER 2016 - 10:07AM TOKYO: Harga minyak mentah jatuh untuk hari keempat hari ini dengan pelabur masih menunggu angka rasmi simpanan minyak Amerika Syarikat (AS), selepas sehari data industri menunjukkan kenaikan dalam inventori.

Institut Petroleum Amerika (API) berkata, simpanan minyak mentah meningkat sebanyak 9.3 juta tong dalam minggu ini hingga 28 Oktober, lebih dari sembilan kali jumlah yang dijangkakan oleh penganalisis, menerusi tinjauan oleh Reuters.

Sementara minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS jatuh 28 sen, atau 0.6 peratus, pada AS$46.39 pada 0014 GMT.

Semalam, ia jatuh 19 sen kepada AS$46.67. Brent pula jatuh 22 sen pada AS$47.92. Pada sesi sebelumnya, ia mencecah paras sebulan rendah pada AS$47.72 sebelum mengakhiri hari pada AS$48.14.

Laporan API kebiasaannya diperoleh sehari sebelum data inventori rasmi Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), yang mana lebih dipercayai. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/208525?m=1

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...