TERKINI :

Wednesday, November 9, 2016

FAM TERJERAT KERANA DIDORONG KEUNTUNGAN BESAR

Pemerhati bola sepak negara, Rizal Hashim, memberi bayangan kerjasama membabitkan MP & Silva dan  Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ibarat retak menanti belah. 

Laporan di dada media sudah cukup menggambarkan situasi kurang enak membabitkan kedua-dua pihak. 

Daripada penilaian Rizal, kegagalan FAM dalam menyiasat sebaik mungkin latar belakang MP & Silva dan hanya memandang keuntungan besar semata-mata menjadi punca kerjasama itu berdepan kepincangan awal. 

FAM sendiri tidak mengukur baju di badan sendiri dan hanya menerima bulat-bulat penilaian Liga Malaysia yang kononnya mampu mencecah pendapatan RM70 juta. 

"Perkara ini didorong oleh sesetengah individu yang berfikiran bahawa ia satu perjanjian yang membawa keuntungan yang besar kepada FAM, tanpa memikirkan rekod lampau dan risiko yang bakal ditanggung. 

"Disebabkan ini, satu kesilapan besar di pihak FAM kerana tidak mengambil kira dan tidak melakukan usaha yang sewajarnya untuk memikirkan bagaimana perjanjian ini dapat disempurnakan," jelas Rizal ketika ditemui krew Nadi Arena. 

Biarpun kecewa dengan perkembangan terbaru ini, namun ia tidak mengejutkan kerana risiko yang diambil oleh FAM sudah dijangka dari awal lagi. 

"Kita amat kecewa sebenarnya dengan perkembangan ini. 

"Kita tidak mahu perkembangan ini menjejaskan masa depan penganjuran Liga Super dan Liga Perdana pada musim depan.

"Justeru, kita mengharapkan akan ada jalan penyelesaian yang baik."

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...