TERKINI :

Thursday, November 10, 2016

Dr. Mariah kesal perbahasan mengenai CUKAI ARAK diulas diluar konteks dan diberi perpektif negatif


PERBAHASAN DIPERINGKAT JAWATANKUASA KEMENTERIAN KEWANGAN PADA 9HB NOV 2016

Saya mengucapkan terima kasih kepada FreeMalaysiaToday.com dan Mynewshub kerana SPIN ucapan saya kelmarin. Saya kesal perbahasan saya di ambil luar konteks dan di beri perspektif yang negatif.

MYNEWSHUB buat tajuk PAN KESAL CUKAI ARAK NAIK BAKAL BEBAN PEMINUM

FREEMALAYSIATODAY buat tajuk JANGAN BEBANI BUKAN ISLAM DENGAN CUKAI TINGGI JUALAN ARAK

Mungkin ada lagi portal lain yang melaporkan secara negatif dan berniat jahat untuk memburukkan Parti AMANAH Negara

Perbahasan saya diperingkat jawatankuasa Kementerian Kewangan sebenarnya

1)bertanya berapa jumlah cukai dosa (arak, judi, rokok) yang dikutip oleh kerajaan

2) mencadangkan supaya hasil kutipan cukai-cukai dosa diasingkan daripada dana wang yang disatukan dan digunakan untuk bayaran faedah pinjaman kerajaan. Ini akan membersihkan dana ini dari unsur haram. Cadangan dibuat kerana gaji kakitangan kerajaan dan elaun ahli Parlimen dibuat dari dana wang disatukan ini. Ia adalah satu langkah perbersihan sumber pendapatan dan menepati kehendak syariat

3) mencadangkan supaya semua perkara yang dianggap haram dan berdosa (arak, rokok) ni dijual dalam premis yang dilesenkan. Tujuannya ialah memudahkan penguatkuasaan penjualan arak dan rokok hanya kepada yang dibenarkan. Masakini penjualannya meluas dan tidak dapat dikuatkuasakan dengan berkesan. Akta kastam dan eksais hanya mewajibkan perlesenan untuk menjual “distilled alcoholic” drinks dan tidak bir. Bir dijual dengan meluas tanpa memerlukan perlesenan. Menteri Kewangan 2 dalam jawapan beliau juga tidak sedar yang penjualan bir tidak memerlukan lesen

Semasa saya berbahas, YB Pengkalan Chepa bangun untuk mencadangkan cukai rokok dan arak dinaikkan. Saya menjawab dalam satu ayat cukai rokok memang sudah dinaikkan (dari masa kesemasa) tapi saya tidak bersetuju untuk menaikkan cukai arak kerana ia mungkin membebankan orang bukan Islam.

Jawapan yang sepatutnya saya beri pada ketika itu ialah rakyat sudah bayar cukai GST untuk segala pembeliaan dan penggunaan. Arak sudah ada duti import dan GST. Pada dasarnya saya tak bersetuju sebarang peningkatan cukai terhadap rakyat.

Saya menafikan yang saya mencadangkan cukai arak diturunkan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan Kedua, Dato Johari Abdul kerana di dalam jawapannya menerima cadangan saya dengan positif.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...