TERKINI :

Sunday, November 20, 2016

'Tinggalkan BN dan menteri merapu'

Wartawan Sinar Harian
19 November 2016


Kelihatan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir berjalan dari Dataran Maybank menuju ke lokasi himpunan Bersih 5. - Kredit foto Azfarinaz Amran

KUALA LUMPUR - "Inilah masanya untuk rakyat Malaysia bangkit meninggalkan BN, parti ini tidak lagi membela kebajikan rakyat," demikian seruan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, impian rakyat hanya akan direalisasikan sekiranya kesemua parti pembangkang bersatu.

"Kepincangan kerajaan yang boleh diubah menerusi kerjasama kesemua parti politik lawan yang terdiri daripada Bersatu, PKR, Pas, Amanah dan DAP.

"Kita akan bentuk kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat semua kaum. Inilah masanya untuk rakyat Malaysia bersatu hati, pedulikan BN yang menindas..kita harus bersama.

"Masa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kroninya dah tamat. Hentikan kenyataan merapu menteri-menteri Umno," katanya ketika himpunan Bersih 5 di depan KLCC hari ini.

Menurut Muhyiddin, rakyat yang cintakan negara tidak takut dan gentar. PRU14 akan jadi pentas perubahan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...