TERKINI :

Tuesday, November 1, 2016

Betapa Takutnya Isu 1 MDB Diketahui Rakyat, Seluruh Kelab Dikerah Buat laporan Polis


Ketua Penerangan Kelab Sahabat N87, Shahbudin Embun hari ini membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Husni Hanazlah kerana mendedahkan butir-butir kecurian duit rakyat melalui 1 MDB di Parlimen.

Kelab Sahabat Najib ini merupakan benteng kedua pertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beberapa kelab yang tumbuh bagai cendawan selepas kecurian wang rakyat melalui 1 MDB diketahui rakyat.

Ini juga menunjukkan betapa takutnya Najib terhadap penyelewengan yang telah dilakukannya sepanjang beliau berkuasa terhadap kehilangan berbilion wang rakyat.

Najib juga gagal menjawab 8 soalan maut mengenai 1 MDB yang disuarakan oleh Husni dalam parlimen.

Hanya parlimen tempat yang paling sesuai untuk berbahas tentang kehilangan wang rakyat, Jika diparlimen pun tidak boleh dibahaskan apa lagi yang rakyat ada tempat untuk berbahas.

Semua akhbar dan TV arus perdana sudah dikawal rapi oleh kerajaan dan telah mengharamkan perbahasan mengenai 1 MDB dan 2.6 bilion. Jika penyelewengan wang rakyat juga dikira Akta Rahsia Rasmi (OSA)memang ternyata rakyat sentiasa diperbodohkan oleh pemimpin umno.

Sungai Rapat 

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...