TERKINI :

Saturday, November 12, 2016

Bersatu akan sertai Pakatan Harapan, kata Tun M

12 November 2016 | WARTAWAN MALAYSIA DATELINE


Pimpinan utama Pakatan Harapan di Konvensyen Pakatan Harapan hari ini

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad berjanji akan menyelesaikan isu berkaitan menandatangani dokumen Pakatan Harapan.

Beliau berkata, tiada apa yang tidak dipersetujui dalam draf pendirian bersama Pakatan Harapan.

"Hari ini jelas kita bersatu. Baju oren ada, biru ada, merah pun ada. Saya berdoa kita berpegang kepada pendirian tegas terhadap keperluan menyingkirkan (Datuk Seri) Najib (Razak).

"Percayalah saya akan selesaikan sedikit sebanyak masalah isu menandatangani dokumen Pakatan Harapan," katanya ketika berucap di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.

Semalam, The Star melaporkan PPBM dijangka menandatangani perjanjian menyertai Pakatan, tetapi rancangan itu dibatalkan selepas Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa berkata untuk menimbangkan perkara itu dahulu.

Mahathir mengulangi gesaan agar Pakatan Harapan bertanding sebagai satu parti.

"Kita perlu guna satu logo hilangkan identiti parti masing-masing untuk pilihan raya sahajalah, pakai satu simbol," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...