TERKINI :

Friday, November 18, 2016

Berhimpun adalah hak rakyat Malaysia yang dijamin Undang-Undang Negara, Jom #BERSIH5

BERHIMPUN ADALAH HAK KITA YANG DIJAMIN UNDANG-UNDANG.

Muqaddimah Akta Perhimpunan Aman 2012 menyatakan :

Suatu Akta yang berhubung dengan hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata dan memperuntukkan sekatan-sekatan yang tertentu perlu atau suai manfaat yang berhubungan dengan hak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain, dan untuk memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan.

Matlamat Akta Perhimpunan Aman 2012 diperuntukkan di Seksyen 2 Akta iaitu: -

a) bagi memastikan warganegara mempunyai hak untuk menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan tertentu demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.
b) Bagi memastikan kebebasan individu untuk berhimpun secara aman selaras dengan hak yang termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan
Persekutuan.

Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, pihak berkuasa khususnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) TIADA HAK untuk menghalang penganjuran himpunan atau menolak sebarang pemakluman himpunan.  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 November 2016 memutuskan dengan jelas bahawa hak berhimpun tidak boleh dihalang malah Mahkamah tiada kuasa mengisytiharkan sesuatu perhimpunan itu sebagau haram.

Seksyen 8 Akta Perhimpunan Aman 2012 jelas memperuntukkan tanggungjawab Polis iaitu polis boleh mengambil apa-apa langkah yang difikirkan perlu untuk memastikan perhimpunan diadakan dengan teratur mengikut Akta dan undang-undang.

Pihak Polis tidak boleh menghalang perhimpunan tetapi hanya boleh mengenakan sekatan tertentu sahaja.

Polis boleh menangkap tanpa waran jika penganjur atau peserta melakukan kesalahan atau melanggar sekatan yang ditetapkan.

Polis boleh menyuraikan perhimpunan dan hendaklah memastikan pematuhan secara sukarela terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang kekerasan yang dibenarkan.

Jika semua pihak faham Akta Perhimpunan Aman 2012 insyaAllah tiada apa yang perlu dirisaukan.

#SatukanTenagaMalaysiaBaru

JOM BERISH 5.

ZULHAZMI SHARIFF.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...