TERKINI :

Thursday, November 10, 2016

Beli kapal perang China boleh, isi minyak bot pantau nelayan asing tak mampu

raja-bahrin
KUALA LUMPUR: Amanah membidas Putrajaya kerana mengabaikan peruntukan minyak agensi peronda hingga menyebabkan perairan negara diceroboh nelayan asing dan mengganggu mata pencarian nelayan tempatan.

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (Amanah-Kuala Terengganu) mempersoalkan keutamaan Putrajaya, yang baru-baru ini membeli 4 kapal perang daripada China.

“Amat menyedihkan apabila nelayan mengadu kepada Jabatan Perikatan dan Pasukan Polis Marin kenapa nelayan asing masuk ceroboh. Jawapannya: Mahu ronda tapi tiada peruntukan minyak.

“Bayangkan alasan apa itu?” katanya semasa sidang media di ruang legar Parlimen hari ini.

“Kerajaan kita boleh beli kapal perang daripada China beratus juta ringgit, tapi tidak ada peruntukan untuk beli minyak jaga nelayan miskin?”

Katanya sikap sebenar Putrajaya terhadap nelayan tempatan turut dilihat dalam Bajet 2017. Raja Kamarul berkata belanjawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kali ini sekadar memperuntukkan 10% keepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Ada banyak masalah yang belum diatasi, peruntukan telah dipotong. Nelayan lebih memerlukan bantuan yang bermakna bukan hanya bantuan kewangan seperti subsidi dan baiki rumah.

“Nelayan memerlukan bantuan teknikal, keselamatan dan bantuan sokongan. Mereka mahu dijaga supaya boleh tangkap ikan di laut tanpa gangguan nelayan asing,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...