TERKINI :

Thursday, November 3, 2016

Apa punya bodoh ini menteri, macamana nak tahu rasuah atau tidak jika tak disiasat puncanya

SIASATAN RM2.6 BILION HANYA MELIBATKAN RASUAH BUKAN DARI MANA DATANGNYA DUIT.

MalaysiaKini melaporkan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Razali Ibrahim dalam penggulungan Bajet 2017 di Dewan Rakyat menyatakan bahawa siasatan SPRM hanya menjurus kepada samada berlakunya rasuah atau tidak dalam isu RM2.6 bilion tetapi bukan dari mana punca RM2.6 bilion tersebut. Jawapan tersebut amat lucu, kelakar dan boleh dimasukkan dalam Malaysia Book of Records.

Bagaimana SPRM tidak menyiasat dari mana punca RM2.6 bilion untuki menentukan samada berlakunya rasuah atau tidak?

Semua tahu bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak ialah Perdana Menteri Malaysia yang merupakan seorang penjawat awam mengikut tafsiran Kanun Keseksaan. Apabila seseorang penjawat awam didakwa terlibat dalam perlakuan rasuah, maka SPRM boleh menyiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Seksyen 23 (1) memperuntukkan bahawa mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan.

Hukuman bagai kesalahan di bawah Seksyen 23 jika disabitkan ialah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Bagi membuktikan suatu kesalahan di bawah Seksyen 23 (1), dua (2) elemen perlu dipenuhi iaitu :
a) tertuduh merupakan seorang pegawai badan awam;
b) menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan

Dalam isu RM2.6 bilion, apa yang perlu disiasat dan dibuktikan oleh SPRM ialah adakah Najib Tun Razak seorang penjawat awam dan adakah Najib Tun Razak menggunakan kedudukannya untuk mendapat suapan.

a) Adakah Najib Tun Razak seorang penjawat awam?

Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan. Mengikut keputusan kes Dato' Seri Mohd Khir Toyo, seorang Menteri Besar adalah penjawat awam justeru Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan adalah seorang penjawat awam.

b) Adakah Najib Tun Razak menggunakan kedudukannya untuk mendapat suapan?

Najib Tun Razak menerima sejumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Ini diakui oleh Najib sendiri. Adakah Najib menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mendapatkan RM2.6 bilion?

Untuk menentukannya SPRM perlu mengenalpasti perkara-perkara berikut :
a) apa tujuan duit itu dimasukkan ke dalam akaun Najib,
b) siapa yang memberikan duit itu atau punca dari mana datangnya duit itu
c) untuk apa duit itu diberikan dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

a) Apa tujuan duit itu dimasukkan ke dalam akaun Najib?

SPRM perlu memanggil pihak yang memberikan duit itu untuk mengetahui kenapa duit itu dimasukkan ke dalam akaun Najib. Maka (b) akan masuk dalam siasatan.

b) Siapa yang memberikan duit?

Ini suatu kewajipan, kemestian kerana dengan mengetahui siapa yang memberikan duit itu, SPRM akan ketahui samada terdapat unsur rasuah atau tidak.

c) Untuk apa duit itu diberi?

Inilah kesimpulan samada perlakuan rasuah itu wujud atau tidak. Kenapa duit diberikan? Adakah terdapat suatu faedah yang diberikan oleh Najib kepada pemberi duit? Apa faedah duit itu kepada Najib?

Siasatan SPRM mesti mengenalpasti dari mana punca RM2.6 bilion.

Dato' Razali jangan cuba perbodohkan Malaysia dengan kebodohan beliau sendiri. Sendiri bodoh cukup la. Jangan bodohkan orang lain.

ZULHAZMI SHARIFF
3 November 2016

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...