TERKINI :

Saturday, November 19, 2016

71% responden kajian sokong Bersih tetapi pilih tidak hadir himpunan


PETALING JAYA: Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih menarik respons menggalakkan daripada lebih 2/3 orang ramai dalam tinjauan pendapat, tetapi kira-kira 71% daripada mereka juga berkata mereka tidak akan menghadiri perhimpunan hari ini.

Tinjauan pendapat yang dijalankan syarikat kaji selidik dalam talian Vase, diadakan antara 1,069 responden di seluruh negara.

Kira-kira 71% responden berkata mereka tidak akan menghadiri Bersih 5 hari ini, yang diadakan di pusat bandar Kuala Lumpur bagi menggesa penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan selain menuntut pembaharuan institusi di negara ini.

Seramai 38.82% daripada mereka yang ditinjau berkata perhimpunan Bersih “agak berkesan”, manakala 36.75% merasakan Bersih mencapai matlamatnya.

Bagaimanapun, kira-kira 12.22% merasakan Bersih 2.0 tidak berkesan.

Kira-kira 67% responden bersetuju ahli-ahli politik perlu dijemput untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut, manakala 32% yang berpendapat sebaliknya.

Lebih 70% responden berpendapat Bersih tidak seharusnya hanya memberi tumpuan kepada gesaan pilihan raya yang bebas dan adil, manakala 27.41% merasa gabungan itu perlu berbuat demikian.

Tiga suku daripada mereka yang ditinjau bersetuju perhimpunan Bersih adalah satu platform untuk menggalakkan perpaduan kaum.

Perhimpunan Bersih tahun lepas digambarkan oleh penyokong kerajaan sebagai “perhimpunan Cina” kerana jumlah kehadiran peserta Melayu yang rendah.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...