TERKINI :

Thursday, November 17, 2016

13 keluarga di Kuala Muda, Kedah terjejas banjir kilat

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
16 November 2016


SUNGAI PETANI - Seramai 46 mangsa dari 13 keluarga terjejas akibat banjir kilat yang berlaku di dua lokasi berasingan di Kota Kuala Muda dan Tanjung Dawai dalam kejadian awal pagi tadi.

Seramai 19 mangsa dari enam keluarga dilaporkan terjejas di Kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda berdekatan lokasi air pasang besar berlaku September lalu dan lokasi sama tragedi tsunami 2014 lalu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Leftenan Muda Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.30 pagi tadi bersama tiga anggota melakukan pemantauan di lokasi terbabit.

Sementara itu, di Tanjung Dawai, seramai 27 mangsa dari tujuh keluarga dilaporkan terjejas akibat air naik mendadak mencecah ketinggian sehingga 0.3 meter kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

"Kita telah membuat pemerhatian ke dua-dua lokasi yang dilaporkan dan mendapati banjir kilat menjejaskan kesemua rumah mangsa.

"Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan dibuka berikutan air kembali surut dalam tempoh beberapa jam semasa pemantauan dilakukan," katanya.

Menurut beliau, anggota bertugas telah menasihati mangsa agar mengutamakan keselamatan semasa mengendalikan bencana  dan meminta mereka menyelamatkan barang beharga serta memindahkannya ke tempat lebih selamat.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...