TERKINI :

Saturday, October 29, 2016

Sumpah kerahsian menteri bukan untuk lindungi salah laku pemimpin

Kenyataan Media

*SUMPAH KERAHSIAAN MENTERI BUKAN LINDUNGI SALAH LAKU PEMIMPIN TETAPI LINDUNGI NEGARA DAN RAKYAT*.

1.Amalan sumpah kerahsiaan dikalangan Anggota Kabinet telah menjadi amalan dalam semua kerajaan didunia. Amalan ini untuk memastikan rancangan strategik sesebuah kerajaan dalam membangun negara tidak dipintas olih pihak lain.Contoh dalam penyediaan rancangan keselamatan dan pertahanan negara.

2.Ini bermakna perkara perkara yang berkaitan dengan unsur rasuah dan penyelewengan pembelian peralatan pertahanan negara serta pelaburan dalam syarikat yang tidak ujud dalam rancangan pelaburan sebenar adalah tidak termasuk dalam sumpah kerahsiaan.

Contohnya pembayaran kepada Abbar Investment PJS Limited (Aabar BVI) yang bukan anak syarikat Petroleum Investment Company (IPIC) adalah perbuatan salah laku yang tidak boleh dirahsiakan dan rakyat berhak tahu.

3.Sumpah kerahsiaan Anggota Kabinet bukan bertujuan untuk melindungi jenayah salah laku mana mana anggota kabinet termasuk Perdana Menteri.Jemaah Menteri bukannya 'jemaah penyamun' yang berpakat untuk melindungi jenayah salah laku antara satu sama lain.Sebaliknya Jemaah Menteri adalah satu jemaah untuk melindungi kepentingan negara dan rakyat.

4.Jika apa yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Handzlah (bekas menteri kewangan kedua) yang juga bekas jurucakap kabinet berkaitan dengan 1MDB didalam perbahasan bajet 2017 di Parlimen baru-baru ini dianggap melanggar sumpah kerahsiaan,ini bermakna Speaker Parlimen Malaysia telah mengakui kebenaran apa yang dibangkit dan didedahkan olih 3 bekas anggota jemaah menteri tentang jenayah salah laku dalam urusan pentadbiran kerajaan adalah benar tetapi ianya rahsia.

Terima kasih Tan Seri Speaker,Rasuah dan rompakan negara adalah rahsia.

*_#BerjuangUntukRakyat_*
*_JanganTipuRakyat_*
*_#1MDBAdalahRahsia_*
*_#SelamatkanMalaysia_*
*_#BiarJasaJadiKenangan_*

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
_Ahli Parlimen Pokok Sena_
10:30am, Taman AlWalid Alor setar
29 Okt 2016/28 Muharam 1438H

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...