TERKINI :

Tuesday, October 11, 2016

Siapa Pengkhianat - PAS atau AMANAH?

SIAPA PENGKHIANAT?

1. Suatu yang disebut berulang-ulang, walaupun bohong, akan dianggap benar oleh pendengarnya.

2. PAS berulang kali melabel ahli dan pemimpin AMANAH yang meninggalkan parti itu sebagai pengkhianat. Tujuannya adalah supaya gelaran itu lekat dan AMANAH dibenci oleh masyarakat.

3. Hakikatnya, siapa sebenarnya pengkhianat?

4. Apabila dua pihak yang berperang, tiba-tiba ada sekelompok ahli meninggalkan kumpulannya dan MENYERTAI kumpulan musuh, maka ia layak digelar pengkhianat. BERJASA khianat kerana berpakat dengan musuh PAS iaitu UMNO melawan parti lamanya. HAMIM juga khianat kerana berpakat dengan UMNO melawan PAS. Hasilnya PAS tumbang di Kelantan dalam PRU 1978 dan terus gagal dalam PRU 1982 serta 1986.

5. Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh bekas pimpinan dan ahli PAS yang meninggalkan parti bukanlah dengan menyertai UMNO. Mereka kekal melawan UMNO malahan lebih bersemangat lagi.

6. Hakikatnya, parti lama mereka PAS yang mula berbaik-baik dengan UMNO malahan tidak garang dalam isu 1MDB sebagaimana pendekatan PAS sebelum-sebelum itu. Hasilnya, momentum penolakan rakyat terhadap Najib kurang berkesan kerana PAS tidak mahu bersama.

7. Untuk melunakkan tindakan berkawan dengan UMNO, maka diwujudkan slogan politik matang dan sejahtera. Hakikatnya budaya takfiri tetap wujud. Terbaru mahu menanam Presiden PKR di jirat cina jika undi menentang RUU Akta 355.

8. UMNO hakikatnya tidak mahu pun kepada PAS. Tujuan mereka hanya mahu Pakatan Rakyat berpecah supaya mereka kekal berkuasa. Terbukti selepas PR berpecah, Nazri Aziz terang-terangan menyebut bahawa PAS tidak perlu sertai kerajaan. Katanya kuota menteri sudah penuh.

9. Tinggallah PAS terkontang-kanting bersendirian. Untuk bersama Pakatan Harapan, mereka sudah bertalak tiga. Mahu bersama UMNO, UMNO pun tidak lagi perlukan mereka. Untuk nampak tidak keseorangan, PAS wujudkan Blok Kedua bersama IKATAN dan kini membentuk Gagasan Sejahtera bersama IKATAN dan BERJASA. PAS pun tahu kedua-dua parti ini tidak ada kekuatan. Malahan ahli mereka pun boleh dibilang dengan jari.

10. Adapun, AMANAH terus istiqamah menentang kezaliman UMNO. AMANAH tidak pernah satu saat pun mengkhianati harapan rakyat yang mahu melihat kezaliman UMNO ditamatkan. AMANAH juga tidak pernah memberikan talian hayat kepada pemimpin UMNO yang korup untuk terus berkuasa.

11. Justeru, rakyat boleh menilai siapa sebenarnya yang khianat dan siapa yang istiqamah menentang kezaliman.

Hasbie Muda

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...