TERKINI :

Saturday, October 15, 2016

Politik: Jangan taksub sampai tunjuk samseng

https://2.bp.blogspot.com/-ewHPd9a8hiU/V_BK2ZdqE6I/AAAAAAABDQY/jXq05BT8ZbQV4cINVuLBXUBkiGEp6SsxgCLcB/s640/jamal.tiff

SHAH ALAM – Ahli-ahli parti politik baik pembangkang mahupun parti kerajaan dinasihat supaya tidak terlalu taksub dengan pegangan politik masing-masing.

Penganalisis politik,‎ Universiti Sains Malaysia (USM),Prof Madya‎ Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, tindakan samseng itu pada akhirnya tidak akan memberi kelebihan kepada individu mahupun parti masing-masing.

"Adakalanya sebilangan ahli menjadi taksub dengan pegangan politik sehingga meminggirkan nilai yang boleh mempengaruhi sentimen orang ramai ke atas perlakuan seperti itu.

"Parti boleh mengambil tindakan (terhadap ahlinya) jika wujud elemen-elemen yang melanggar pelembagaan parti," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Malah katanya, budaya samseng tidak boleh diterap ke dalam dunia politik kerana ia boleh menjejaskan imej sesebuah parti dan negara ini.

"Saya tahu tidak akan ada parti yang membenarkan ahlinya berkelakuan ganas pada sebarang himpunan jalanan.

"Ini kerana ia akan mendatangkan kesan terhadap imej parti, selain turut mengancam kestabilan dan pengurusan parti," ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, setiap individu harus bersikap rasional tanpa mengira bangsa, parti, kaum dan agama bagi mengelakkan keganasan terus tercetus di himpunan jalanan.

"Parti barangkali perlu mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang membawa elemen tidak baik. Ia bertujuan untuk memelihara  perpaduan dan keharmonian parti," katanya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...