TERKINI :

Wednesday, October 12, 2016

PLUS mengaku bahawa ada denda lewat sekiranya berada lama di RNR

Penalti hanya dikenakan kepada pengguna tiada alasan munasabah

SELASA, 11 OKTOBER 2016 - 10:22PM
Oleh Faris Fuad / faris.fuad@bh.com.my  

KUALA LUMPUR: Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan (LJT) hanya dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang gagal memberi alasan munasabah apabila didapati melebihi tempoh perjalanan ditetapkan.

PLUS dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya mempunyai rekod semua kejadian kesesakan, kerja penyelenggaraan lebuhraya, kemalangan dan kerosakan kenderaan yang boleh menyebabkan pengguna melebihi tempoh perjalanan mereka di lebuhraya. Katanya, rekod berkenaan dirujuk dan disemak petugas tol PLUS sebelum penalti LJT boleh dipertimbangkan dan dikenakan.

"Sebagai contoh, perjalanan mengikut satu kadar kelajuan yang dikenalpasti  antara Plaza Tol Gurun dan Pendang hanya akan menelan masa selama 30 minit. "Jumlah itu akan ditambah sebanyak dua jam 18 minit dengan mengambil kira kemungkinan pengguna berkenaan berhenti di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Gurun.

"Sekiranya pengguna berkenaan keluar dari Plaza Tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan serta bukti yang munasabah, maka penalti LJT boleh dikenakan. "Malah, PLUS akan membayar balik jumlah penalti berkenaan seandainya pengguna dapat mengemukakan bukti," katanya. 

PLUS mengulas kenyataan yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook, Damar Wulan yang menjadi viral selepas mendakwa dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM6.40 ketika menggunakan lebuhraya PLUS antara Gurun dan Pendang.  Difahamkan, Damar berehat di R&R Gurun selama sejam 30 minit.

Selain itu, PLUS berkata, langkah berkenaan terpaksa diambil bagi mengatasi kegiatan manipulasi kad transit tol di beberapa laluan yang dikenalpasti di lebuh raya kendalian PLUS.

  Katanya, antara taktik digunakan pengguna tidak bertanggungjawab termasuk menukar, menyimpan dan manipulasi kad transit tol. "Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku, penalti LJT terpaksa dikenakan kepada transaksi tol di mana waktu masuk dan keluar dari lebuhraya adalah meragukan berdasarkan pada satu formula atau pengiraan ditetapkan.

"Pengiraan tempoh perjalanan bagi perjalanan berkenaan adalah berdasarkan satu had kelajuan yang sudah dikenalpasti," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/201245?m=1

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...