TERKINI :

Friday, October 21, 2016

Nampaknya pembentangan bujet 2017 hari nie Najib berjaya memerangkap langkah pembangkang..!!

Monier Mat Din,

Mengenepikan apa jua pegangan dan iktikad politik saya masa kini, duk depan TV kebetulan MC baru keluar hospital hari nie, duk layan pembentangan Budget 2017 oleh Perdana Menteri sejak pukul 3 tadi, saya merumuskan kalau esok ada Pilihanraya Umum, nescaya UMNO/BN akan menang dgn bergaya.

Org boleh kata budget nie budget gula2, tapi kalau itulah niat PM sebagai Presiden UMNO dan juga Pengerusi Barisan Nasional, matlamatnya dah tercapai.

1. Dlm politik berpilihanaraya di Malaysia ini, ikut kajian drpd setiap 100 org pengundi, 30 org tok sah duk kata pa kat depa, memang depa akan undi parti Pemerintah, 30 org lagi ugutlah nak tangkap ka nak tukaq pi pulau ketam ka mana ka, depa tetap undi Pembangkang. Tinggal 40 org ja lagi atau pun 40% yg undi depa tak pasti, tunggu hari mengundi baru tau depa pangkah pemerintah ka pangkah pembangkang.

2. Saya melihat tindakan spontan YB-YB pembangkang yg bertindak keluar dari parlimen yg disaksikan oleh jutaan rakyat jelata siaran langsung seluruh negara itu, di mata golongan 40% pengundi ini adalah sesuatu yg merugikan pembangkang.

Memanglah tak patut Tok Najib pi gunakan pentas belanjawan tu mcm pentas ceramah UMNO pi hentam pembangkang yg dikatakannya sebagai bersandiwara dgn mcm2 cerita, tapi nama pun parti politik - yg semua org tau siapa yg pegang mike (microfon) dialah kudrat. Yg YB2 Pembangkang pi ikut rentak dia wat pa, kalau tak setuju lebih baik awal2 lagi jgn masuk Dewan; sesetengah org melihat YB Pembangkang keluar Dewan ramai2 itu sebagai kebudak-budakan, tindakan politik yg tak matang.

Sebaik2 saja Tok Najib menyambung pembentangan bila YB2 Pembangkang meninggalkan Dewan, seperti yg dijangka beliau gunakan kesempatan itu utk memburukan pembangkang, dlm ucapan siaran langsung kpd seluruh rakyat jelata itu dia kata lebih kurangnya "Rakyat boleh tengok sendiri perangai pembangkang!". Sayang, team Pembangkang terperangkap dgn rentak silat Tok Najib ini!

3. Apa2 pun di mata saya, saya melihat Budget ini tidak ada apa2 yg specialnya cumanya ia mampu membuatkan mata Orang Atas Pagar terbuka atas dua perkara:

a) Rumors yg bertiup kencang di Media Sosial mcm betul sangat2 kata GST nak naik, tak betul rupanya. Makanya, jadi sukar sekarang nie nak mempastikan kesahihan apa2 berita khususnya bab politik Malaysia di media sosial seperti FB ini. Tak tau dah belah mana nak percaya.

b) Khabar yg agak menggerunkan dari kem2 Pembangkang yg turut bertiup kencang di media sosial yg mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan bangkrap dan muflis tak tepat rupanya. Sebagai seorang bapa yg kerja swasta yg harap gaji bulan2 ada anak2 bersekolah di U dsgnya yg perlu disara, bohonglah kalau saya kata saya tak risau dgn berita dari kem2 pembangkang yg bukan calang2 pakar ekonomi dan general politik yg ada di dalamnya.

Saya rasa lega bila Tok Najib kata kadar pertumbuhan ekonomi negara bukan sahaja tak merudum, tapi positif lagi ada, dgn kadar pertumbuhan KDNK 4-5% utk Tahun kewangan 2016 dan juga tahun depan 2017. Tak tinggi tak pa janji tak merudum. Berita yg kata syarikat OSRAM dari German yg nak mai buka kilang RM5 Billion di Kulim Hitech Park Kulim Kedah ini adalah sesuatu yg baik utk didengari.

4. Selain dari tu, saya salute dgn tindakan kerajaan utk terus memberi BIASISWA kpd para pelajar melalui JPA (RM1.6 Billion) dan MARA (RM2.0 Billion) cumanya tak habag jumlah tu berkurang atau pun bertambah berbanding tahun lepas2. Pemberian biasiswa ini penting sebagai dorongan utk anak2 kita score dan pulun dlm pelajaran, kalau semuanya jadi pinjaman tak payah ada kjaan pun tat pa, pi Bank pun boleh pinjam.

5. Satu lagi budget yg melekat di padang ingatan saya ialah SL1M (skim latihan 1Malaysia) utk graduan yg akan ditambah kpd 20,000 org tahun depan berbanding 15,000 org tahun ini, iaitu satu skim di mana para graduan yg tak dpt kerja ditolong carikan kerja melalui program SL1M. Bukan satu rahsia lagi di sektor2 pekerjaan, sekarang nie bila kita iklan utk satu position ja, mau 3 empat ratus graduan yg apply, nak habag kata ramai graduan yg masih tak dapat kerja bersesuaian dgn kelulusan mereka. Hat nie saya setuju, baru ja saya minta anak saya google SL1M, minta dia hantar resume dia pi situ.

6. Yg saya rasa agak sangsinya ialah special budget utk kaum Penoreh Getah 3 bulan di musim hujan (Nov-Dis kalau tak silap), RM200 utk setiap keluarga. Tak pastilah mcm mana kjaan nak laksanakan dasar ini sebab bagi NGO mcm kami yg duk masuk kg tolong keluarga2 NGO (Noreh Getah Orang) ini, hat bermasalah yg sampai mkn atau masak sehari sekali itu ialah keluarga NGO penoreh getah org, bukannya tuan punya pokok getah itu. Secara kebiasaannya bantuan dari pihak atasan utk penoreh getah, yg dapat ialah Tuan Punya pokok getah yg secara umumnya keluarga senang, hat kuli tukang menoreh getah wal hasil balik asap !! - tak taulah siapa yg bagi nasihat kat PM bab nie. Wallah hu aklam.

7. Last sekali, saya duk tergelak sorang2 bila sampai Budget bab penambahbaikan Bekalan AIR, RM500 JUTA utk kaw bandar dan luar bandar dgn geran RM156 JUTA dan Pinjaman RM509 JUTA, di kaw FELDA pula RM732 JUTA.
Semuanya juta-juta.

Saya tak dapat nak elak padang pemikiran saya drpd tak teringat kpd RM115 JUTA duit "Air" yg SPRM jumpa dlm almari kabinet tu.

Nak habag kata, PM Tok Najib boleh bentang Budget lawa2 yg memukau berjumlah Billion Laksa itu, tapi bila mai ke bawah, bab ketirisan, bab rasuah dan penyelewengan mcm mana pula?

SPRM bukannya ada di merata almari kabinet setiap masa.

Saja nak kongsi.

Tkasih.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...