TERKINI :

Friday, October 7, 2016

Najib cakap Malaysia tak akan bangrap

Najib: Malaysia tak akan bankrap - k'jaan pertahankan ekonomi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak dakwaan yang tersebar di media sosial kononnya bahawa Malaysia akan bankrap pada akhir bulan ini.

“Ramai pula yang mempercayainya. Ingin saya terangkan, ekonomi negara bahkan ekonomi dunia mempunyai kitaran naik turunnya.

“Pada 1998, kita mengalami krisis kewangan yang sangat dahsyat, di mana pertumbuhan ekonomi negara di tahap negatif, banyak perniagaan gulung tikar, ringgit jatuh mendadak dan rakyat hilang kerja," kata Najib.

Sepuluh tahun kemudian, katanya, dunia kembali diasak krisis ekonomi yang juga telah mengakibatkan ekonomi negara menyusut.

“Sebagai menteri kewangan ketika itu, saya telah mengambil langkah proaktif dalam merangka program perangsang ekonomi.

“Alhamdulillah, pertumbuhan ekonomi melonjak semula pada kadar lebih 7 peratus pada tahun berikutnya,” katanya dalam satu catatan di blog beliau.

Pada tahun 2015, menurut Najib, negara menghadapi satu lagi cabaran ekonomi di mana hasil pendapatan negara merosot lebih RM30 bilion akibat kejatuhan harga minyak.

“Hakikatnya, ekonomi negara tetap berkembang pada kadar lebih 4 peratus pada separuh pertama tahun ini, dan tidak pula tersungkur ke tahap negatif seperti tahun 1998.

“Malangnya ada kelompok telah menyebarkan fitnah mengatakan kemerosotan ekonomi negara adalah sebab faktor politik semata-mata.

“Walhal, kerajaan inilah yang berjaya mempertahankan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Naijb menggesa rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah seperti itu dan mengingatkan umat Islam bahawa Allah berfirman bahawa orang beriman mesti sentiasa menyemak fakta apabila datang orang fasik yang membawa sesuatu berita.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...